Monday, July 11, 2011

program internship

Dua orang guru pelatih dari IPGM Kampus Hussien Onn Batu Pahat yang dulu membuat praktikum selama 3 bulan di sekolah aku telah datang semula pagi tadi untuk melaksanakan pulak program internship. Mereka dikhendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan lengkap sekurang-kurangnya 3 projek/program yang akan dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Selepas berbincang, mereka bersetuju untuk melaksanakan 4 program termasuk satu projek yang berkaitan dengan subjek major mereka. Dalam pada itu, mereka terpaksa pula mengutip data dan maklumat untuk menyiapkan kajian tindakan. Memang banyak perkara yang perlu mereka buat dalam jangka masa yang singkat itu.... selamat berjaya!!!

2 comments :

tokek gekko said...

hanya mereka saja buat projek. ko jgn pula buat mereka projek ko.heheheeeeeeeeeeeeeee....

yusofsipan said...

mekasih tokek gekko di atas ingatan tersebut.....huhu