Monday, April 25, 2011

asal-usul nasi lemak

Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri di rumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.

Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya di dalam hati.

Pada waktu tengah hari, Mak Kuntum pun pulanglah ke rumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah Mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawab, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.......

20 comments :

teja said...

bila nk blanje teja nasi le.... mak?

tokek gekko said...

mujur bapak dia tak tanya...kalau tak jadi le nasi le pak. NASI LEPAK.

HEEEEE...nasi lepak sesuai utk dimakan oleh kaki lepak sambil berborak2.tentu sedap kan..kan...

ko nak ke teja....????

kembara kelana said...

kalau atok...nasi le tok...nasi le tok...nasi letok...tu belum lagi dijual cup....saja gurau je cup.

nasi kandar said...

itu kisah bagaimana nasi lemak mendapat namanya ye. bagaimana pula pula kisah hingga ia dibungkus sebegitu rupa. nasi lemak sepuluh sen...dua puluh sen atau lima puluh sen....besar punya..hehheeeee...

teja said...

tumpang lalu ye gb.... tokek gekko, klu nasi tu bapaknye yg buat nak le...

errr, sedap ke?

cik said...

tak jadi nak komen...hahahahaa..

ybs said...

teja,
bile2 boleh.....

ybs said...

tokek gekko,
nasi le! mak! tu tidak akan menjadi nasi lepak sbb bapak Seri kan dah meninggal dunia tp kalau Mak Kuntum berkawen dgnmu, dpt ler Seri bapak tiri....

hehe

ybs said...

KK,
atuk dia lg ler dah lama meninggal, tak sempat nak merasa nasi lemak si Seri tu..... hehe

ybs said...

nasi kandar,
nt ler aku google cari asal-usul bgm nasi lemak dibungkus pulak.... ke ko melencong mikir bende lain bila sebut ttg saiz bungkusan nasi lemak tu???

hehe

ybs said...

cik,
ade masalah ape ek sampai tak jadi nak komen....???

hehe

Faris said...

Di KL ni ada nasi lemak 10 sen, 20 sen, 1 ringgit. Tekap aje tangan dah tahu saiz nasi lemak tu. He he he ..... KK, nasi le pak ada tak????

mpmn said...

cite btl ke cite lawak ni? ce citer ce citer.

aku tengah berkira-kira nak jual nasi le mak tp kem. kesihatan dah potong trek lak.

ckp buat le kajian dulu. nak pelingkup trade mark org melayu.

yusofsipan said...

faris,
biOr betol, mane ade nasi le mak seposen, duaposen??? kurang2 pon limaposen laa....

hehe

yusofsipan said...

pirzan,
citer tu betOl cuma tak boleh nak disahkan jer....hehe

kalau ko berhajat nak jual teruskan ler niat ko tu, lom kuar pekeliling lg pon!!!

Zanans said...

ada sesetengah org tu masak nasi lemak guna minyak masak ganti santan... tk sedapppp.

errr, yg bungkus guna daun pisang tu agak2 cuci dulu tak daunnye?

ybs said...

za,
gune santan ori ler yg terbaek!!!

biasenye daun pisang tu dilayur dan dilap dgn kain jer....

Ummu Madihah said...

LOL z LOLzalaka

Arifah Liyana said...

nak copy and past ye

Anonymous said...

There are some mistakes for your information. The phrase "Oleh Kerana" in the second paragraph, cannot be used. It's only "Oleh Sebab". Just correcting you, great post anyway. Rating : 8/10.
Could not give full due to grammatical error. Well done.