Tuesday, September 14, 2010

terpaksa balik

Sesungguhnya Allah SWT yg menentukan segala2nya, kita hanya merancang....

Raya kedua, sebelum zohor, aku bertolak balik ke kampung mertua krn paginya terima panggilan telefon memberitahu bahawa pak mertua sakit kuat dan telah pun dibawa ke hospital. Ketika berhenti utk solat zohor, aku bukak puasa dan keadaan cuaca yg panas, pening kepala dan keletihan dijadikan alasan....

Kenderaan yg banyak di jalanraya memaksa aku menandu dgn perlahan dan berhati2. Ketika menghampiri pekan Bahau aku tersangkut dlm kesesakan lalulintas selama lbh kurang setengah jam dan aku dapati antara punca utamanya ialah tempoh laluan
lampu isyarat hanya selama 30 saat. Berapa buah kenderaan yg boleh jalan dlm tempoh tsb? Huh....!!!

Malamnya, Kembara Kelana 'memaksa' aku ke rumahnya, ada sup tulang katanya! Bersama2 dgn Pirzan aku ke sana dan kami bersembang sehingga melewati jam 1.00 pagi....

Ahad pagi ke pekan sehari Temerloh, ramai jugak yg berniaga. Kak Long pesan belikan cendawan kukur dan harganya RM5 semangkuk kecil yg beratnya lbh kurang hanya 200 gram!!!

Isnin sebelum zohor bertolak balik, singgah di rumah besan dan selamat tinggal pada cucu2 kesayangan, ade kelapangan nanti atuk pi la kl tengok Balqis dan Raisyah ye....!!!

Waktu asar, singgah di sebuah masjid, tok siaknya 'sound' kat wife dan anak pompuan aku, 'kalau nak tido balik rumah ler!!! (mereka sekadar meluruskan badan jer....) Mane pegi budi bahasa kita ek?

Tiba di rumah adik di Segamat ketika azan magrib berkumandang dan selepas Isyak ke rumah kakak di Gemereh. Hampir jam 11 mlm meneruskan perjalanan, meredah mlm sejauh 80 km lg utk sampai ke rumah....

14 comments :

teja said...

tk dtg umah teja pong??

jm said...

hebat cop....

CikguSepajo said...

perjalanan yang direstui

yusofsipan said...

teja,
mmg rasa mcm nak singgah jugak tp dah jauh mlm la....nt jd 'ketuk2 sahur' ler pulak!

yusofsipan said...

jon,
ape yg hebatnye???

yusofsipan said...

CikguSepajo,
lama tak muncul, mekasih krn msh sudi bertandang ke sini....

selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

ambo said...

eeehhh..eehhhh..dah kelik kapong knape tak duduk 2 atau 3 ari disana. sian pak metua tuh..

perjalanae mu ni boleh dibukukan..wii tajuk "sehari perjalanae ke umah metua"

teja said...

mlm ni datang taw... nk join sahur pun ok jugak, hehe

yusofsipan said...

ambo,
ko ni tak baca betol2 ke coretan aku tu? aku balik kg hari sabtu dan balik rumah hari isnin, dua tiga hari ler tu.....

blur ke hape ko ni....hehe

yusofsipan said...

teja,
kalau nak join sahur bkn le dtg mlm, kena dtg waktu pagi sblm subuh tu....

ambo said...

oohhh betol mu kato gitu.sori ambo tak baca denge teliti.ambo cuma baca sekali lalu je.

mabuk leme agaknya ambo nih....guano boleh silap baca.

yusofsipan said...

ambo,
mabuk lemang takpe lg jgn mabuk todi!

Faris said...

YBS,
Menjadi juga taktik yang aku ajar pada orang rumah kau. He he he..... Payah sangat kau nak balik ye.... Patutlah aku singgah rumah kau hari Isnin tu, tak ada orang. Hari ni aku dh ke Melaka dan balik Kajang. Tak merasa aku nk singgah rumah kau. Selamat Hari Raya lah Cop.

ybs said...

faris,
betol ke ko ade singgah rumah aku, mcm tak caya jer la sbb ko tak call aku pon.... ko mane sempat nak singgah, sibuk dgn isteri yg sorang tu....!!! tp ok la tu, jaga ler isteri tu baik2, jgn nak menggatal cari yg lain....

hehe