Friday, November 28, 2008

StatCounter

Walaupun blog aku ni dah berusia lebih setahun tapi entah mengapa baru pagi ni aku berminat untuk mengadakan 'StatCounter'. Dulu, masa mula2 berblog aku memang tidak mengharapkan sangat yg blog aku akan dikunjungi ramai, biar ler aku syok sendiri! Namun tadi, selepas menjengah blog Norhayati Rasul, tergerak pulak hati nak adakan 'StatCounter' tu. Aku masih seperti dulu jugak, tak kisah ttg bilangan pelawat tetapi aku tetap sanjung dan hargai kalian yg sudi menjengah blog ini. Shukran Jazilan!

Thursday, November 27, 2008

asal-usul nama Johor

Johor merupakan salah sebuah negeri yg tertua pernah menerima pengaruh Kerajaan Seriwijaya dan mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Johor telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang-undang Siam pada tahun 1438, Johor telah disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari yg bermaksud air yg jernih. Mengikut catatan seorang pengarang Portugis bernama Godinho d'Eridia, Marco polo telah membuat pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah. Nama yg sama juga disebut di dalam Hikayat Jawa 'Negara Kertagana' yg ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365, Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana Johor terletak di tanah yg paling selatan benua Asia.

Mengikut pertuturan di kalangan saudagar yg singgah di Johor, Johor disebut sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yg membawa maksud Ujung Tanah. Dalam buku Sejarah Melayu yg ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor. Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Gelangkyu dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai Galuh. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud batu permata. Orang-orang Arab pula menyebut batu permata sebagai Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor terbit dan kekal hingga sekarang.

Sumber: Suara dan Berita Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor.
Baca lagi tentang sejarah Johor di sini.

Tuesday, November 25, 2008

burung puyuh goreng

Lepas zohor nanti aku bercadang hendak ke Bukit Katil, Melaka untuk menjengah anak bujang yg sedang berhempas pulas menduduki peperiksaan SPM. Si kecil Aisyah sejak dua hari lepas sibuk bercerita tentang burung puyuh goreng yang dijual di pasar lambak Taman Duyung. Dia sangat menggemarinya tetapi kedekut nak membeli menggunakan duit sendiri. Harganya ialah RM3.50. Daging burung memang ler sedap rasanya kan... Pasar lambak di Taman Duyung itu hanya diadakan pada setiap hari Selasa. Anak2 semua teruja nak makan burung puyuh goreng, mintak2 ada laa orang yg menjualnya...

Monday, November 24, 2008

buat laman web

Aku pernah diminta oleh seseorang kenalan rapat untuk mengajarnya membangunkan laman web. Sehingga kini aku masih lagi tiada kesempatan untuk mengajarnya dan rasa2nya memang aku tidak akan punya kesempatan untuk berbuat demikian. Hari ini aku terima lagi satu permohonan yang sama tetapi daripada orang yang lain dan seperti permintaan yang dulu itu, aku berasa sangat sukar untuk memenuhinya. Memang aku pernah belajar membina laman web sejak mengikuti program diploma di IAB lagi namun aku rasa lebih praktikal, mudah dan ringkas jika hanya membina blog sahaja.

Friday, November 21, 2008

kematian

Dua hari lepas, isteri Imam 1 masjid kampung aku meninggal dunia. Baru semalam selepas zohor aku dapat berjumpa dengannya untuk mengucapkan takziah. Semasa berbual, beliau ada bertanya kepada beberapa orang lain yang ada ketika itu tentang ada atau tidak doa2 khusus untuk melupakan isteri yg telah meninggal dunia. Aku turut menyampok, kalau teringat2 kat isteri yg baru meninggal, kira ok ler, biase ler tu.... Aku sempat bertanya dah berapa tahun hidup bersama. Katanya dah selama 58 tahun. Isterinya berumur 73 tahun dan beliau sendiri sudah menjangkau ke 80 tahun. Aku teringat pulak pada kata2 yang pernah aku ucapkan kepada isteriku; kita hidup bersama ni, akan sampai ketikanya nanti sama ada awak yang melihat mayat saya atau sebaliknya.... Kita tidak tahu bila masanya tapi ia adalah pasti!!!

Thursday, November 20, 2008

pelajaran

Selepas solat zohor di Masjid jamek Muar semalam, aku didatangi seorang lelaki (spontan aku menyangka tentu dia hendak meminta-minta) Sambil menghulur pengenalan diri;
Dia : “Saya nak balik”
Aku: “Awak nak balik mana?” (Sambil membelek2 pengenalan dirinya)
Dia: “Sungai Rambai”
Aku: “Sungai Rambai kat mana?” (Pengenalan diri itu mengesahkan bahawa dia adalah OKU, Jenis Ketidakupayaan: Masalah Pembelajaran)

Monday, November 17, 2008

kenduri kahwin

Semalam, ada 3 jemputan kahwin, aku penuhi ketiga2nya, rasa macam nak pengsan kekenyangan..... Rumah yang pertama jauh nun di sebelah selatan, pedalaman lagi. Lebih kurang jam 12 tgh hari aku sampai dan memang dah mula makan pun tapi masih belum ramai jemputan. Rumah yang kedua adalah rumah jiran, berselang beberapa rumah daripada rumah aku, majlisnya kecil sahaja, pengantin perempuan turut melayan tetamu, perkahwinan kali keduannya. Rumah yang ketiga nun jauh ke utara pula, waktu telah melewati jam 2, cuaca agak panas. Jemputannya ramai, nak ambil makanan pun terpaksa berbaris panjang. Isteriku dah tak larat nak makan, duduk saja dan melihat orang lain makan. Para jemputan menjamu selera sambil dihiburkan oleh 'liveband', memanjang lagu dangdut dan bingit memekakkan telinga. Teringat zaman 80an dulu, kenduri kahwin siap ada joget lambak pada malamnya, tua muda habis semua bertandak.... macam tak ingat dunia!!!

Friday, November 14, 2008

persaraan Tn Hj Mohd Esa Arbaai

Pagi tadi diadakan majlis bagi meraikan persaraan Tn Hj Mohd Esa Arbaai, Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Beliau sebenarnya akan bersara pada 14 Disember 2008. Beliau telah dapat berkhidmat selama 31 tahun iaitu menjadi guru sejak berumur 25 tahun. Beliau telah bertugas selama 13 tahun di SK Parit Pinang Seribu, sekolah yang paling lama beliau bertugas. Persaraannya merupakan suatu kehilangan yang besar bukan sahaja kepada sekolah tetapi juga kepada dunia pendidikan amnya kerana penglibatan dan sumbangan beliau adalah sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau terlibat dalam kerja-kerja menyemak dan menghasilkan buku teks di Bahagian Buku Teks, KPM.

Thursday, November 13, 2008

keputusan upsr

Keputusan upsr telah diumumkan pagi tadi. Alhamdulillah, ada peningkatan dari segi kualitinya. Murid yg mendapat 5A telah bertambah. Matapelajaran Bahasa Inggeris mengalami kemerosotan yang agak teruk.

Tuesday, November 11, 2008

warga skpps


(gambar ini diambil semalam)

uji mata

(yang saya copy dari blog http://hijauzamrud.blogspot.com)


Check how long you need to do this puzzle.

Can you find the B (there are 2 B's)

RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRBRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRBRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR RRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR


Monday, November 10, 2008

perhimpunan terakhir

Perhimpunan pada pagi ini merupakan perhimpunan yang terakhir bagi sesi persekolahan 2008. Begitu cepat masa berlalu pergi.... Hujan lebat yang turun sejak subuh menyebabkan ramai murid tidak hadir ke sekolah. Pesanan utama kepada murid-murid ialah supaya dapat menggunakan masa cuti sebaik-baiknya, baca buku dan jaga keselamatan.

Saturday, November 08, 2008

ulangtahun kelahiran blog ini dan gotong royong perdana

1. Hari ini genaplah setahun blog ini dibangunkan. Alhamdulillah, semoga aku akan terus berblog....

2. Tidak sampai 10 orang ibu bapa yang datang bergotongroyong kerana kebetulan ada kenduri kahwin di kampung ini. Dah nak buat macam mana, gotong royong ini bukannya program sekolah, semua sekolah di Johor melaksanakannya.

Friday, November 07, 2008

Hari Kanak-kanak

Hari ini sekolah aku mengadakan Sambutan hari Kanak-kanak. Teringat ler pulak masa zaman kanak-kanak dulu. Sewaktu di darjah 6, aku ler yang menjadi wakil murid dan mengetuai pembacaan ikrar... Sekepas majlis perhimpunan itu, kami semua diberi sebungkus makanan dan kami pun makanlah dengan gembiranya, takde pulak dibuat sukaneka ke atau pun apa-apa permainan sepertimana sekarang ni namun kami tetap gembira pada waktu itu, maklum ler kanak-kanak.... berlari-lari sesaja pun seronok!!!

Thursday, November 06, 2008

kembali ke rahmatullah

Tn Hj Sulaiman bin Abd Samad, bekas pengetua SMK Tun Perak, Muar telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi. Al Fatihah!

Tuesday, November 04, 2008

PPDa

Pagi tadi aku ke SMK Raja Muda, Parit Jawa kerana dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Sumber Program Pencegahan Dadah oleh Pengarah JPN Johor. Beliau tidak dapat hadir dan diwakilkan kepada timbalannya. Pusat sumber PPDa sekolah itu mendapat naib johan dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Tahniah SMK Raja Muda, teruskan kecemerlangan ini!!!

Monday, November 03, 2008

bercinta.....

Setelah mendengar cerita2 tentang kes percintaan dengan isteri orang, aku teringat dengan sebaris ayat yang pernah aku terbaca di dalam novel cinta. Novel itu pun bukannya aku sengaja baca.....isteri aku yg baca, aku pun belek2 ler novel tu yg aku tengok begitu khusyuk sekali isteri aku membacanya. Terjumpa pulak dengan ayat ini, " ...... cinta itu tidak pernah mengira waktu dan tempat untuk jatuh." Memang ada kebenaran jugak pernyataan ini tapi berpada2 ler kalau nak bercinta, jangan main redah jer, kalau dah tentu yg perempuan tu isteri orang jangan ler nak digoda jugak.... bukan ke mencari penyakit namanya!!! Berhati2 ler kalau nak bercinta (lagi?) !!!