Monday, December 31, 2007

selamat kembali ke upsi

pejam celik pejam celik, next sunday kita akan ke upsi utk fasa 6, selamat kembali ke upsi!!! Sungguh cepat masa berlalu kan??? Tahun baru ni, korang ada buat azam baru ke?? Azam tahun 2007 dah terlaksana ke belum?? Sendiri mahu ingat ler... Tanya diri masing2 dan jawab sendiri.....

Friday, December 28, 2007

Guru KPLI

aku baru dapat seorang guru KPLI, opsyen BI, tanya punya tanya rupa2nya dia dah ada master (undang2), nape tak terus jadi lawyer? Minat jadi guru katanya, mudah2an dia akan menjadi guru yang berjaya..

Thursday, December 27, 2007

persaraan

hari ni aku ke majlis persaraan GB di sekolah berhampiran. Dia pencen umur 56 thn. Dalam ucapan dia kata rasa sangat gembira kerana nak bersara dan memang dia kelihatan langsung tak berasa sedih. Aku berharap aku pun nanti mcm tu, tak rasa sedih. Dalam brosure dia tak beri catat sejarah hidupnya tetapi bila berucap lebih satu jam dia cerita sejarah hidupnya sebagai guru, menarik juga dan banyak yg boleh dijadikan panduan. Ada juga member yg kata nanti kalau nak bersara dia nak buat dalaman jer, tak nak buat besar2, senyap2 jer bersara, ok jugak kan?

Tuesday, December 25, 2007

raya haji

lama dah tak menjenguk blog, sibuk.... balik beraya di kampung mak mertua, Temerloh. Dia org kata jalan dah clear, tak banjir lagi. Sampai di Bandar Bera kena patah balik ikut Felda Bkt Mendi keluar kat Karak. Hujan lebat pulak tu, alhamdulillah selamat sampai. Balik ikut KL, jalan antara Temerloh-Triang masih ditutup utk kenderaan ringan. Korang semua sihat ke? Terima kasih PakYa Md Lazim yg telefon aku bertanya kabar, seronok dpt baby ye... Ok, bye, jumpa lagi, wassalam

Sunday, December 16, 2007

tanam bunga

semalam ikut wife daftar di UTHM utk semester Januari. Punya ler lambat, tak kurang 3 jam baru selesai, itu pun ada modul yg tak cukup.... Hujung2 minggu cuti sekolah ni, biasa ler pi jemputan kahwin. Petang2 takde keje, tanam bunga ler pulak, korang minat ke tanam bunga? Sesapa yg berminat boleh ler share pengetahuan dgn aku. Ok, bye, jumpa lagi, wassalam.

Friday, December 14, 2007

cuaca mendung

Alhamdulillah kat kampung aku tak banjir tapi cuaca mendung jer, macam nak hujan. Di Johor, daerah Segamat yang paling teruk dan yang menjadi mangsa termasuklah Kak Ru, akak aku yg mengajar di SK Gemereh, sabor jer le kak.... Kita doakan semoga bencana tersebut cepat berlalu pergi dan kehidupan seharian dapat diteruskan seperti biasa.

Thursday, December 13, 2007

http://geocities.com/siraf64/

Alamat website pada tajuk tu, http://geocities.com/siraf64/ adalah laman web kumpulan kita yg dibangunkan oleh Faris, tahniah Faris!!!, aku dah visit, ada dah bahan/nota utk fasa 6 yg telah dimuatnaik, tahniah sekali lagi utk Faris, teruskan usaha murni tuan, hanya Allah SWT yg dapat membalas jasa baik tuan.

Sunday, December 09, 2007

Pak Lah datang

Semalam Pak Lah, our PM la... datang kat Muar, Majlis Kesejahteraan Rakyat. Takde la pulak promosi hebat2 tapi ramai la jugak yg hadir. Pastu aku ke rumah member gb kenduri kahwin. Dia baru balik dari lawatan ke Australia sempena menang Anugerah Sekolah Harapan Negara, bertuah badan, kita bila lagi ye??? Dua hari dah tak jenguk blog, member pun takde yg visit, semua sibuk ler tu, aku pun sama.... hari ini ada kenduri kahwin rumah kak ipar kat Melaka, mlm tadi pegi, pagi ni nak pegi lagi.... Cuti lom ambil lagi dan tak plan lagi nak pi mana, nak pi mana ye musim2 hujan ni??? Ada cadangan ke? Ok, jumpa lagi, wassalam

Thursday, December 06, 2007

Hujan dan banjir

Sejak semalam, hujan di tempat aku ni tak berhenti2 tapi taklah lebat sangat dan tak banjir lagi. Cuma sejuk la pulak, bercinta nak mandi pagi..... Banyak juga tempat di Johor ni yg dah mula banjir, harap2 jgn ler terjadi mcm dulu..... kesian...... Tempat2 lain pun hujan jugak kan..... utamakanlah keselamatan.....dalam keadaan kecemasan, utamakan nyawa terlebih dulu...mudah2an kita semua selamat.....amin.

Wednesday, December 05, 2007

Ketagih Blog

Dua tiga hari ni, hari2 aku dapat tulis kat blog, walaupun sibuk tapi aku paksakan diri juga...tak banyak sikit aku tetap akan tulis, demi kekawan......hehehe, sebenarnya aku yang minat..... tapi kalau korang dapat visit my blog and give comments, aku lagi suka dan bertambah lagi semangat aku..... Korang masih sibuk dgn keje2 di sekolah ye? Ciannye....aku mcm tu jugak, nak cuti pun lom dapat lagi.... tunggu cuti raya haji jer kot.... Ok, jumpa lagi, moga sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta, bye, wassalam.

Tuesday, December 04, 2007

Tugasan Bawa Pulang dah siap

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 12 hari akhirnya siap jugak assignment nego tu, betul tak betul belakang kira, janji aku dah dapat buat 20 pages, dah print dan dah bind pun, esok pepagi nak hantar guna pos ekspress ler, biar cepat dan selamat sampai...... Aku ada call En. Asri utk confirm perlu ke buat pendahuluan/definisi/kajian literature/bibliografi........ Aku memang tak buat pun semua tu sbb yg aku faham kita kena jawab jer la 4 soalan tu. Tapi ada jugak kekawan yg kata kena buat, malas la pulak nak bertekak, baik aku tanya sendiri.......En. Asri jawab, TIDAK PERLU!!! Puas hati kan?? Sesapa yg masih tak clear dan nakkan keterangan lanjut call ler aku, anytime....... Ok, bye, jumpa lagi, wassalam

Monday, December 03, 2007

Isnin yang meletihkan

Nape bekerja pd hari Isnin, letihnya lebih berbanding pd hari2 lain. Ramai yang kata kerana dah dua hari bercuti, berhujung minggu, ntah ke mana-mana pegi, makan angin la, kenduri kahwin la, macam2 lagi la.... bila datang bekerja hari Isnin dengan badan yg letih, tak cukup rehat, tak cukup tidor... itu yg rasa letih sangat tu..... korang setuju ke??? Harini aku cakap pasal tu jer, jumpa lagi, bye, wassalam.

Sunday, December 02, 2007

Berhujung minggu di sekolah

Aku kat sekolah sejak kul 10 tadi, hajat di hati nak siapkan nego tapi entahlah.... Dah tak banyak dah sebenarnya yang nak disiapkan.... check email dan check blog dulu..... ada pulak member online.....layan dulu ler....

Saturday, December 01, 2007

Kenduri Kahwin

Setiap hujung minggu dan ditambah pulak dgn cuti sekolah, ramai ler yg buat kenduri kahwin, hari ini ada dua jemputan tapi sempat pegi sebuah rumah jer, itu pun yang dekat. Dari pagi tak de kat rumah, lepas zohor baru balik , baik sempat juga pergi. Sesekali makan nasi minyak sedap jugak kan.... Biasanya kalau belum makan tengah hari memang aku makan banyak jugak.... alang2 makan kan.... Niat di hati memang nak tulis hari2 kat sini tp tak sempat la, dua hari sekali ok la kan... mudah2an kekawan terus beri sokongan dgn melawat blog ini dan jgn lupa memberi sedikit sebanyak komen. Ok, jumpa lagi, bye, wassalam.