Saturday, January 28, 2012

Turunkan berat badan dengan hanya menulis

Berat badan anda naik dan anda risau bagaimana nak turunkannya tapi malas nak bersenam. Jangan risau kerana satu laporan dalam Jornal Phychological Science membentangkan kajian bahawa mereka yang menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka seperti Agama, perhubungan atau minat mampu menurunkan berat badan dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut kajian satu kumpulan yang ditugaskan menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka ditimbang selepas 1 hingga 4 bulan telah turun berat badannya purata sebanyak 3.41 pound berbanding kumpulan kawalan yang tidak menulis apa-apa yang berat badan mereka telah naik purata sebanyak 2.76 pound.

Bagaimana ini boleh berlaku? menurut pakar psikologi, mereka yang menulis perkara-perkara penting dalam hidup mereka mendapat semangat dan kepercayaan pada diri sendiri membuatkan mereka kurang melakukan perkara yang tidak baik seperti makan banyak dan seumpamanya.

Kajian dilakukan terhadap wanita dan tidak pula diberitahu sama ada kaum lelaki bakal mendapat faedah yang sama dengan menulis. Tapi apa salahnya mencuba dan lihat perubahannya dan jika ditambah dengan mengamalkan hidup sihat seperti bersenam dan menjaga makanan, berat badan anda tentu dapat dikawal mengikut kehendak anda.

Sumber

Wednesday, January 25, 2012

Jangan Sia-siakan Janggut Suami

Ini adalah sebahagian tulisan saudara Muhammad Mat Yakim yang dimuatkan dalam dalam ruangan Komentar Sinar Harian. Tulisan yang seronok dibaca dan boleh dikongsi sebagai panduan berguna pasangan suami isteri tentang janggut.

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Dalam kata yang lain, janggut lelaki juga boleh meningkatkan tahap kegalakan wanita pasangannya. Itu saya tambah! Saya terpaksa sebut wanita pasangannya kerana dunia sekarang semakin cacamarba. Bimbang pula nanti ada lelaki yang mahu menjadi wanita, ketagih meraba janggut orang itu, orang ini, dengan harapan mahu jadi subur juga. Jangan! Hanya untuk wanita yang tulen sahaja.

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Suami pula, apabila sudah diminta oleh isteri, simpanlah. Jangan sampai isteri terpaksa belai bulu jagung pula! Bulu jagung tiada manfaat apa-apa.

Kata Dr Jamnul Azhar lagi, kajian itu beberapa kali diulang tayang oleh National Geographic. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.

Saya beristighfar. Hati kini, sarat, penuh dan bulat mahu mengikut sunnah Nabi, tiada langsung bayangan James Hetfield.

Saya akan terus menyimpan janggut ini. Sama ada isteri saya masih berminat untuk menyambung produktiviti atau tidak selepas bergelar ’mak aji’, itu terserah pada dia sendiri. Setakat ini, saya belum memikir soal. Pelan B. Selamat mencuba ya, puan-puan! (baca dengan intonasi ala Chef Wan).

sumber: http://www.ekeleh.com/jangan-sia-siakan-janggut-suami

Saturday, January 14, 2012

ikan siakap

semalam selepas Jumaat aku ke pasar, ikan tak berapa banyak dan mahal2 pulak. Aku beli ikan siakap dua ekor dan kepala ikan mayong. Semasa membeli sayur, pekerja stall ikan bersebelahan sedang sibuk berunding dgn pembeli berbangsa Cina cara bagaimana nak memotong seekor ikan yg besar. Aku mendekati mereka dan bertanya utk mendapatkan kepastian, ikan siakap ke? haah, balasnya. Bape harganya? Dia tidak menjawab secara langsung, seakan-akan berbisik dia bagi tahu ikan tu beratnya 12 kg dan harganya rm35 sekilo. MasyaAllah... terfikir ke nak membeli ikan semahal itu!!!!

Sunday, January 08, 2012

nak tinggal di asrama

Sejak sebelum menduduki pmr, Sarah telah beritahu bahawa naik ting 4 nanti dia tak nak duduk rumah, tak boleh nak belajar katanya. Tak kira la kat mana2 asrama pun.

Esok nak hantar dia ke bkt katil, sekolah teknik (kini dah tukar jadi smv) tempat abgnya belajar dulu. Selama dua tahun ni nanti, berulang alik ke bkt katil ler, seminggu/dua minggu sekali.....huhu

p/s: Sarah ialah anak aku yg keenam drp tujuh orang adik beradik....