Wednesday, July 27, 2011

dilema

membuat keputusan bukanlah suatu perkara yang mudah, memang ini bukan kali pertama namun kepayahannya tetap terasa lebih-lebih lagi untuk memilih satu antara dua yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.....

Thursday, July 14, 2011

terlantik jugak....

selepas pengerusi zon kbsr/kssr kawasan aku berpindah sekolah, ade ler sorang dua yg beritahu bahawa nama aku telah dicalonkan utk menggantikannya. Sehingga semalam tiada siapa pun yg memberitahu secara rasmi sehinggalah pagi tadi aku terima watikah perlantikan. Aku tak tahu nak kata ape, yg pasti perasaan aku bercampur baur..... huhuhu

Monday, July 11, 2011

program internship

Dua orang guru pelatih dari IPGM Kampus Hussien Onn Batu Pahat yang dulu membuat praktikum selama 3 bulan di sekolah aku telah datang semula pagi tadi untuk melaksanakan pulak program internship. Mereka dikhendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan lengkap sekurang-kurangnya 3 projek/program yang akan dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Selepas berbincang, mereka bersetuju untuk melaksanakan 4 program termasuk satu projek yang berkaitan dengan subjek major mereka. Dalam pada itu, mereka terpaksa pula mengutip data dan maklumat untuk menyiapkan kajian tindakan. Memang banyak perkara yang perlu mereka buat dalam jangka masa yang singkat itu.... selamat berjaya!!!

Thursday, July 07, 2011

masih belum berubah

Petang tadi aku menerima panggilan drp seorang rakan gb, nak bersembang katanya kerana walaupun selalu berjumpa tetapi keadaan sering tidak mengizinkan kami untuk berbual panjang. Sebenarnya dia nak mengadu hal tentang gpk yang tidak sebulu dengannya yang juga pernah satu sekolah dengan aku. Dia bertanyakan bagaimana keadaan gpk itu dulu dan apakah tindakan yang telah aku lakukan. Aku terus terang mengaku bahawa aku sendiri gagal untuk mengatasi masalah gpk tersebut dan terpaksa meminta ppd untuk menukarkannya ke sekolah lain. Sejak ditukarkan dan berada di sekolah sekarang, gb yang sebelum ini (telah bersara), juga tidak tahan melayan karenahnya. Gb sekarang pun dah tidak tahan dan berasa sangat tertekan dengan perangai gpk tersebut. Dia bercadang untuk membawa perkara ini ke ppd dan meminta tolong aku mememainya. Aku bersetuju......

Rupa-rupanya gpk tersebut masih tidak berubah sepertimana ketika bertugas di sekolah aku dulu. Dia kelihatannya sangat susah untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan orang lain. Apalah yang dapat kita lakukan selain daripada usaha setakat kemampuan dan juga berdoa?