1. aku hadiri taklimat penyelenggaraan peralatan ICT pagi tadi di PPD. Dalam kumpulan sekolah aku, terdapat 68 buah sekolah dan sebuah syarikat dipertanggungjawabkan dengan peruntukan tidak melebihi rm50 ribu setahun. So, sebuah sekolah hanya dapat berapa? Ditambah pula 'first come first serve'..... bagaimana ler nak memperkasakan ICT di sekolah kalau macam ni ler cara dan gayanya?
2. member rapat aku petang semalam dapat tawaran kenaikan pangkat GB DGA 34 utk kali ketiga dlm tempoh 6 tahun tapi kena keluar daerah. Jam tu juga dia sign surat penolakan. Macam tak nak beri jer....katanya.
3. sambil minum2 di warung selepas habis taklimat, bab politik dan PRU12 menjadi tajuk perbualan.... rupa2nya banyak yg boleh dijadikan bahan lawak dan jenaka.
2 comments :
Assalamualaikum Cop,
Baguslah kalau di Muar dah diberitahu tetapi di Selangor masih belum lagi. Peralatan ICT tu, aku selenggara sendiri aje. Hari tu sykt yang buat Pusat Akses hantar switch dan converter fiber optic yang rosak dan diambil sejak bulan Nov 2007. Itupun setelah aku tel kawan di BTP yg jaga PAS. Dia pasang tak boleh dapat dan kata sekolah buat pindaan di komputer. Komputer yang diformat semula boleh akses internet dan yang lain tak boleh. Bila aku suruh format satu lagi dan buat seperti yang dibuat sebelumnya, tak boleh juga. Jadi aku pulang paku buah keras kerana bukan salah komputer tapi tak ada kemahiran. Lepas tu balik begitu aje. Aku belum sempat baiki lagi kerana sibuk.
Biasalah Cop kalau naik pangkat kena ke luar daerah. Begitu juga di Selangor tapi kejap aje. Lebih kurang tak sampai setahun, bila ada kekosongan boleh balik semula. Kenalah sahut cabaran. Minggu lepas KPM dah bermesyuarat kenaikan DGA38. Harap2 ada kawan kita yang dapat rezeki tersebut.
Pasal PRU 12 ni hebat juga. Blog kita pun panas dibuatnya terutama oleh si Rajawali. Rajawali tu siapa Cop?
OK, Be the best di Muar. TK.
Assalamualaikum Faris,
Terima bebanyak kerana panjang jugak kau mengomen kat sini. Seronok bila dapat berinteraksi dgn kekawan walaupun melalui ruang siber jer.
aku tak tahu la sapa si rajawali tu. Masa lasa fasa kat upsi ada jugak aku suspek somebody tapi aku tak pasti... pastu malas la aku nak fikir sapa dia... dia taknak bagi nama sebenar,lantak dia ler...kalau larat nak jawab komen dia kita jawab kalau tak diam jer la... Spesis kuat provok tu, hehehe. Mengumpat pulak aku ni ye.... anyway terima kasih sekali lagi.
Be the best to u too. TK
Post a Comment