Friday, March 21, 2008

nasyid

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

2 comments :

zaimz said...

Assalamualauikum sop,
Maaflah sbb dah lama tak bagi respon blog you ni,sebenarnya I tak pernah lupa menjengah blog you setiap kali ke blog group kita tu..
Terima kasih atas senikata lagu tu, masa I cuba nyanyikan lagu tu dengan melodinya yang sungguh merdu terasa sebak sekali dan tiba-tiba air mata bergenang.. Merenung senikatanya terasa betapa besarnya pengorbanan Baginda terhadap umat Islam..
Sekolah I sambut Maulidurrasul hari Sabtu 29/3 ini, buat sekali pagi dan petang (ganti cuti persiapan mengundi dulu)
Jumpa lagi...

cikgu yusof said...

waalaikumussalam ton, takpe aku kisah...tak perlu ler sampai nak minta maaf. aku mmg percaya pun yg kau selalu jengah blog ini, cuma mungkin tak berkesempatan nak tulis komen kan. terima kasih atas sokongan kau tu.