Sejak PRU12, baru hari ini aku berupaya post entry baru dalam blog ini, macam aku pulak turut dilanda tsunami politik.... Aku memang terkesan jugak dengan keputusan PRU12 tu. Sejak kebelakangan ni aku suka sangat baca blog yg memberi komen tentang perkembangan politik semasa, tu yang sampai tak sempat nak post entry baru tu....
Semalam, aku dan family ke Felda Chini, mak sedara wife buat kenduri kahwin anak sulungnya. Tak pernah sampai pun ke sana tapi kerana rajin bertanya maka dapat juga jumpa rumah. Orang yg ditanya tu siap hantar tunjukkan rumah, terima kasih, masih ramai yg mahu berbudi.... hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Sehingga ke hari ini, kemelut politik selepas PRU12, masih belum reda di beberapa buah negeri dan ianya menarik minat umum untuk mengikutinya. Anda bagaimana?
No comments :
Post a Comment