Beberapa fakta yang benar tentang Hari Raya Aidil
Fitri yang ramai tidak tahu, atau lupa, atau tak kisah.
1) Yang dikatakan hari raya Aidil Fitri itu ialah
satu hari saja, iaitu pada 1 Syawal. Dalam Islam, tidak ada istilah hari raya
kedua, atau ketiga, atau keempat, sampai ke hari raya ke-30.
2) Aidil Fitri ialah hari umat Islam bergembira,
bukannya hari untuk bersedih, bahkan diharamkan berpuasa pada hari raya.
3) Ziarah kubur tidak ada kena-mengena dengan amalan
di hari raya.
4) Pada pagi Aidil Fitri, apabila Nabi SAW berjumpa
sahabat, atau kaum muslimin berjumpa sesama mereka, masing-masing akan
mengucapkan 'taqabbalallahu minna wa minkum'. Maksudnya, 'semoga diterima
Allah, amalan dari kami dan dari kamu'. bukannya ucap 'Selamat Hari Raya Maaf
Zahir Batin'.
5) Pakai baju Melayu atau jubah pada pagi raya
sebelum solat sunat Aidil Fitri bukanlah ada fadhilat apa, dan bukan sunat pun.
tetapi tidaklah haram.
6) Kita digalakkan bersedekah pada bulan Ramadhan,
bukannya tukar duit baru di bank, kemudian tunggu hari raya baru nak bagi ke
anak saudara. Atau buat rumah terbuka dalam bulan Syawal.
7) Menurut mazhab Syafie, orang Islam wajib membayar
zakat fitrah dengan beras atau gandum atau apa-apa yang menjadi makanan ruji
kepada penduduk negeri itu. tetapi Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi) yang
mengatakan boleh digantikan nilai beras itu dengan duit.
8) Solat Sunat Aidil Fitri lebih afdhal dilakukan di
kawasan lapang daripada dalam bangunan surau atau masjid.
TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM.