Sunday, April 26, 2015

program menembak

Tarikh: 24.04.2015
Hari: Jumaat
Masa: 4.00 - 6.00 ptg
Lokasi: Padang Tembak, Kluang
(setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Leftenan Kolonel Khamis bin Kasim)


bersama rakan sekolah

Ng Kim San dan Mohd Nor Karno
Mansor Hayon
Mohd. Nor bin Karno dan Asha'ri Amir





Wednesday, April 15, 2015

Rofidah dalam kenangan

Malam tadi aku terbaca berita sedih di FB bahawa Rofidah telah meninggal dunia pada petang semalam, lebih kurang jam 3 ptg. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Pada akhir tahun lepas, aku berkesempatan berjumpa dengannya ketika menghantar anak sedara bernikah dengan orang Alor Setar. Dia dan suami datang dan kami sempat makan bersama di sebuah kedai makan di tepi sungai. Keadaannya biasa sahaja walaupun macam kelihatan tidak secergas semasa di IAB dan di UPSI, maklumlah mungkin kami masing-masing telah dimamah usia.

Moga kau bahagia di sana Fidah dan ditempatkan bersama-sama dengan para solehin. Amiin. Takziah buat keluarga Rofidah dan bersabarlah menghadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Posting lama tentang Rofidah, klik di sini.


Tuesday, April 07, 2015

kenangan lalu

sejak join grup WhatsApp kawan-kawan sekolah maka timbullah gambar-gambar lama seperti di bawah ini yang memang sungguh mengusik jiwa dan perasaan.....

Form 3A 1976

Wednesday, April 01, 2015

anugerah cemerlang

pada hari Ahad (29/3/2015) lepas aku rasa terpanggil ke smk Tengku Mahkota utk hadiri Mesyuarat Agung PIBG kerana anak yg di tingkatan 6 itu telah terpilih utk menerima anugerah. Tahniah Siti Sarah, teruskan usaha yg gigih itu utk terus cemerlang.