Monday, August 08, 2011

origami India

Pagi tadi di sekolah, seorang pemuda India (mmg betul2 berasal dr India) dtg utk buat demo ttg origami. Dia minta utk kumpulkan semua murid dlm masa 5/10 minit. Aku check ler semua dokumen dia, terutama surat kebenaran drp KPM dan tanya apa tujuan demo tsb. Dia kata saja utk suka2 supaya murid balik rumah hari ini nt dlm keadaan yg gembira. Aku tanya lagi ada nak jual apa2 barang ke? Takde katanye!

Selepas tamat demo dia jumpa semula dan keluarkan sebanyak 25 buah buku kecil dan 25 buah paket kecil kertas warna, RM5 katanya. Aku mula ler angin, tadi awal2 jumpa takde pun sebut nak jual buku..... dlm keadaan menahan geram aku ckp kat dia aku tak nak beli buku tsb. Dia cuba merayu, sikit pun takpe, 10 buah ke, aku kata, taknak!!! Mengalah jugak dia akhirnya dan aku hanya buatkan surat ringkas dengan melihat contoh surat drp sekolah2 lain yg telah dilawati (baca ditipu)nye......

Dalam kereta semasa balik sekolah, anak aku cerita budak2 td berebut2 nak beli buku origami yg org India tu bwk dan cikgu telah belikan dulu, nt esok budak2 bwk duit dan beli dr cikgu....

kureng asam betol!!!!!

6 comments :

Ateh Salim said...

Lebih kurang sama cerita kita. Dahlah hari ini Isnin, saya penat/letih sebab memandu sejauh 109 dari rumah. Datang le dua orang perempuan nak buat promosi kitab2. Kita banyak kerja dan macam malas nak layan. Tetapi tak sampai hati, sebab dia pun cari rezeki.

Yang tak sedapnya, dia macam memaksa kita beli. Bulan Ramadan ni penjual ambil kesempatan jual kitab2. Lagi tak seronok dia siap mengajar kita macam2. Macamlah kita ni jahil dalam agama.

Dia bawak surat yg ditandatangani penasihat menteri di jabatan perdan menteri. Saya kata, surat tu surat menyokong awak menjual. Untuk menjual di sekolah, perlu ada surat keizinan dari KPM. Ternganga dia.

Lepas tu saya suruh GPK1 layan dia. Saya terus jumpa pengawal keselamatan dan memberitahunya agar melarang sebarang juru jual memasuki kawasan sekolah.

Sesetengah penjual ni pandai. Dia kata GB yang panggil dia atau dah buat temujanji katanya.

Tapi kata anak saya: Juru jual pun manusia yah! Dia menceri rezeki halal. Kalau tak beli pun tak apa. Jangan marah2.

Kita bukan marah, tapi dia jual tak kena masa dan tempat. Kita nak kerja pun terganggu.

Ahhh.....panjang pulak komen aku kali ini (lepas sshur ni!)

jm said...

Jurujual sekarang dah dpt hidu market dlm sekolah. cikgu dan pelajar.hehe. Lebih elok larang terus mereka masuk sekolah walau apa alasan.Kpala tak pening cop...

yusofsipan said...

cg Ateh,
kita dah berhati2 pon, masih selalu jugak terkena.....huhu

(mekasih krn komen yg agak panjang tu)

yusofsipan said...

jon,
mmg mcm tu ler yg selalu difikirkan tapi msh terlepas jugak di pintu masuk....

kene bertegas dgn pengawal keselamatan nampaknye nih!!!

tokek gekko said...

nama pun org india.....pandai le dia kelentong..dan berbelit..sori aku bkn rasis.cuma itu kenyataannya.

dulu semasa aku jadi pk dah ada pun sebegini.mkn keturunan dia pula yg dtg ke sekolah ko tu.

yusofsipan said...

tokek gekko,
aku pecaya kata ko sbb ko kan mmg biase bergaul dgn dorang....

hehe