Pagi ini aku dapat pesan dari hujan. Katanya dia datang sebagai rahmat dari Tuhanku. Dia akan menyirami rerumputan, pepohonan, ladang, sawah dan pekarangan milik kami kerana akan sangat menyusahkan jika kami harus menyirami seisi bumi. Jika hujan tidak datang, bagaimana mungkin tanaman boleh tumbuh, daun-daun boleh silih berganti muncul, biji-bijian boleh terisi, bunga-bunga boleh bermekaran dan buah boleh masak dan ranum menguning.
Siang ini aku juga dapat pesan dari hujan dan lagi-lagi dia berpesan bahawa dia diperintahkan datang sebagai rahmat dari Tuhanku. Sungai yang mulai mengering, parit yang mulai menyusut, sumur yang mulai menurun permukaannya kini kembali terisi. Kami tidak bimbang lagi tidak boleh masak, minum, wuduk, mandi dan mencuci. Ternak kami pun boleh terus makan, minum dan mengeluarkan hasil.
Malam ini pun hujan belum beranjak pergi dan dia masih setia mengirimkan pesannya untukku. Pesan itu masih sama, dia turun sebagai rahmat dari Tuhanku. Dia turun dengan butirannya yang tidak berat laksana bongkahan kerikil, dia turun dengan kadar yang seharusnya. Tanpa menjadikan atap genting kami roboh, kepala kami sakit dan tanah pijakan kami hancur. Tanpa menjadikannya terasa masin sehingga tidak boleh kami minum. Dia turun merata di sekeliling tanpa harus menghalaunya dengan tangan kami, sehingga orang-orang di sekitar kami pun akan merasakan rahmat ini.
Lagi-lagi, hujan mengirim pesan kepadaku. Dia tidak pernah diturunkan untuk menjadi bencana. Dia hanyalah air yang turun dan terus mengalir ke bawah, menjadikan akar pepohonan sebagai pegangan, mencari jalan yang lapang untuk terus mengalir dan mencari muara di ujung perjalanannya. Lalu jika pegangan itu hilang, tumpukan sampah menghalangi jalannya dan muara itu tidak ada lagi, bagaimana dia boleh melewatinya? Sedangkan dia hanya air yang terus ingin mengalir. Jika akhirnya dia tak mampu tersimpan dan menumpahkannya di tengah-tengah kami, apakah dia tidak lagi menjadi rahmat?
Dan sekali lagi, hujan mengirim pesan kepadaku, katanya, ”sampai bila-bila pun aku adalah rahmat dari Tuhanmu, tapi dirimulah yang membuat rahmat itu menghilang dan merubahnya menjadi bencana.”
Wahai kawan, apakah engkau juga menerima pesan yang sama daripada hujan?
(hujan di sini turun sejak semalam......)
12 comments :
malam dahulu..hujan turun menniggalkan pesanan dan peringatan dari maha penciptanya.turun bersama sahabat handainya sang angin yg laju dan sang halalintar yang bercahaya menyilau serta sang guruh yang berdetum kuat.
agar manusia sadar dan sentiasa bersyukur diatas nikmat yg diterima.jangan nikmat yg di beri bertukar menjadi bala.
banyak pengajaran yg boleh kita pelajari dari pesanan dan peringatan ini agar kita menjadi insan yg bertakwa pada maha pencipta.
tg,
benar, benar dan tiada yg tidak benar melainkan benar belaka....
bila kita berada di tengah2 laut dikelilingi ombak beso2..terasa kerdilnya kita dan maha besonyo kuasaNya..
jon,
matahari mula kelihatan pada hari ini namun suasana msh suram terutama di kawasan yg dilanda banjir....
kalau nak dtg Johor sekarang ni, ko bole gunakan bot jer! hehe
patut aku nampak mcm muka ko ybs kt tepi jalan..sangkut banjir hehe. apa pun ko berhati2 ler ybs ye..jgn byk main air..
labis cam no ybs...YB dia kena keja kuat..ambil hati dan hulur bantuan.. kan dah menang.
DUN tenang mesti la tenang kan.tapi air yg tenang jangan disangka tak berbuaya.betul tak ybs.....????
jon,
betol ler aku kat tepi jalan smlm tp bkn yg ko tengok dlm tv tu, org lain tu mungkin muka dia hampir sama dgn aku, kan ramai yg mukanya hampir sama, alah mcm ko dgn aku ler, kan kita sama dr warna kulit, sama2 gelap!! hehe
jgn marah jon, gurau2 musim hujan nih.....
tg,
labis mcm biase ler..... kalau ade buaye dia jd 'libas' ler! YB mmg kene keje kuat.....
buaye sebenornya lbh banyak terdpt di air tenang..... bertenang dan sabar menunggu mangsa!!!
hehe
Sop, lama tak singgah. Harap semuanya bertambah baik. Tahniah, blog masih aktif.
kekadang ni banjir pun satu rahmat juga....dpt basuh dosa2 yg telah dilakukan oleh insan durjana secara tak langsung...kan...?
selepas banjir ada rahmatnya...tanah jadi subur...mangsa banjir dapat bantuan /imbuhan. heheee
chehassan,
mekasih krn msh sudi menjenguk blog ini....
tg,
betol betol betol.....
Post a Comment