alhamdulillah, dapat ler jugak tahun ni!
baca di sini....
Thursday, August 26, 2010
Wednesday, August 25, 2010
sayangkan cucu
Ada orang kata, bila seseorang itu mendapat cucu rasa bangga dan gembiranya mengalahkan dapat anak pertama. Mungkin ada benarnya kerana pada ketika itu mereka kehadiran generasi ketiga. Untung sakanlah cucu yang atok dan neneknya agak mewah. Maklum bila sudah bercucu tu, maknanya ekonomi selalunya sudah kukuh. Masa tu ramai yang sudah pencen atau hampir pencen. Banyak masa yang boleh diluangkan untuk cucu sorang demi sorang.
Hendaknya pulak cucu tu yang dinanti-nantikan. Keluar pulak cucu yang jantinanya memang dah diimpikan, baju dah dibelikan, segala kelengkapan dah disediakan. Keluar pula cucu yang mukanya comel badannya montok cukup sifat, tidak spastik. Bertambah meletoplah perasaan si atok dan nenek mengalahkan dapat loteri yg tak dibeli......
Cucu punya pasal, kadang2 atok dengan nenek berbalah. Masing-masing nak tunjuk depalah yg pandai jaga cucu. Si atok yang dulunya tak pernah mandikan dan pakaikan lampin anak, tapi sekarang bukan setakat pakaikan diaper malah pandai cuci kencing berak. Kalau cucu kena gigit nyamuk pun boleh jadi satu cerita panjang, disoal selidik anaknya kenapa cucu sampai kena gigit nyamuk. Amboi amboi si cucu bukan main lagi la, manja bukan kepalang. Jadi macam anak patong yang dijaga rapi tak boleh satu langau pun hinggap!
Itulah nasib si cucu. Emak ayahnya dulu tak merasa ditimang oleh atok/nenek kerana atok nenek dah meninggal atau tak mampu. Malah si ibu jarang dapat didukung oleh bapanya yang sibuk memanjang mencari rezeki. Bila melihat anak dipangku atok/nenek, kadangkala hati ibu bapa pun tersentuh dan tertanya2, "eh, ini anak aku ker atau anak mak bapak aku? Mana tidaknya kadang kadang ibu bapa tak ada kuasa ke atas anak, semuanya diatur oleh atok dan neneknya.
Begitulah nasib manusia, jangan kita irihati kerana kelebihan masing-masing. Jangan pula mengharap apa yg kita sayang akan kekal selama2nya sehingga bila kita diuji nanti, kita jadi kufur kerana sayang yang berlebihan. Ingatlah dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali. Sayanglah seadanya, timanglah berpada-pada. Jangan sampai yg dipuja naik kepala, yg diharap naik muka. Jangan sampai kita menyesal seperti dalam cerita "anakku sazali".
Oleh; Ummu Waheedah
Friday, August 20, 2010
Monday, August 16, 2010
solat terawih
Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 10, 2010
Monday, August 09, 2010
Bengkel ICT
Penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran.
Bengkel tsb diadakan di PKG Parit Jawa, dari 9 hingga 10 Ogos 2010
Bengkel tsb diadakan di PKG Parit Jawa, dari 9 hingga 10 Ogos 2010
Friday, August 06, 2010
Ramai lelaki yang gila seks?
Seks merupakan satu tajuk bualan yang memberi keseronokan. Seks, satu fenomena semula jadi. Oleh itu manusia normal pasti ingin mengetahui dan berbincang mengenai seks. Ini merupakan sebahagian daripada sebab yang mempengaruhi jiwa manusia. Terdapat juga sesetengah lelaki yang mempunyai fikiran sehala iaitu asyik memikirkan tentang seks. Daya imaginasinya terlalu terhad. Pengetahuan seksnya terlalu cetek. Mereka hanya tahu bercerita tentang pengalaman seks mereka dan kadang-kadang mungkin indah khabar dari perbuatan.
Bagi meraka, tujuan hidup ini hanya mengadakan hubungan seks sahaja. Golongan lelaki seperti ini adalah mementingkan diri sendiri dan fikiran masih belum matang lagi.
Lain-lain sebab ialah berkaitan dengan suasana. Kita dikelilingi oleh publisiti-publisiti mengenai seks oleh media massa. Seks telah dieksploitasikan oleh media massa dan lain-lain media cetak. Lihat sahaja pada iklan-iklan. Terdapat iklan-iklan yang berunsur seks. Begitu juga dengan panggung wayang yang dibanjiri dengan filem-filem yang bercorak lucah.
Oleh itu keseluruhan generasi muda dewasa dengan pengetahuan yang tidak mendatangkan faedah. Penerimaan pengetahuan seks disalurkan dengan cara yang salah. Bila mereka bercerita tentang seks, mereka terasa diri mereka sudah dewasa dan matang.
Klik di sini utk baca lagi

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)