Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu (Ustaz) Abd. Bashid yg telah 'link' kan blog ini di dalam blognya, http://gurubashid.com/blog
Beliau juga telah mengatakan;
"Walaupun laman Panduan Guru-Guru Malaysia telah kehilangan 24 artikel akibat peristiwa godaman hacker yang bertalu-talu ke atas GuruBashid Dot Com yang turut melenyapkan buat sementara waktu laman Pakej Guru beberapa hari lalu masih terasa kepanasannya, namun tindakan beberapa sahabat blogger yang membantu saya untuk mendapatkan semula sebahagian artikel tersebut sedikit sebanyak telah melegakan hati saya. Saya sepatutnya berterima kasih kepada mereka.
Mujurlah ada blogger yang bermurah hati memetik semula beberapa artikel tersebut untuk dimuatkan dalam laman mereka.Kalau tidak kepunanlah saya untuk mendapatkan semula artikel tersebut kerana bukan semua yang saya tulis saya simpan. Inilah kelemahan saya yang patut diperbetul mulai sekarang.
Saya tidak kisah jika ada blogger atau sesiapa sahaja memetik semula buah fikiran saya asalkan disebut hakciptanya yang asal dan dari laman mana artikel itu diambil. Dengan bantuan anda itu, sekurang-kurangnya idea saya dapat dikongsi dengan lebih ramai pembaca. Inilah yang saya mahu sebenarnya.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Yusof atas kelahiran laman beliau Cikgu Yusof dan terima kasih kerana turut memetik dua artikel saya iaitu Pelajar atau Kita Yang Bermasalah dan Bersedialah dengan Wajah Sebenar Pelajar untuk dimuatkan dalam laman beliau.
Terima kasih kembali Cikgu Bashid.
No comments :
Post a Comment