Sunday, June 29, 2008
hari terbuka
banyak sekolah yg mengadakan majlis terbuka pada sepanjang minggu lepas, termasuklah sekolah petang (Sekolah Agama Kerajaan Negeri) Semua aku tak dapat pergi kerana berada di JB kecuali semalam di SM Teknik Melaka Tengah. Selepas ditunjukkan report card, aku mcm takde apa ler pulak nak dibincangkan cuma ada takde aku tanya cikgu tu ngajar apa dan cikgu tu pun tak banyak bercakap maka tak lama ler sesi pertemuan tu.
Friday, June 27, 2008
kurma, kismis dan madu
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. " Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Sumber: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=11775

Thursday, June 26, 2008
mengapa pilih opsyen 58
kekawan kata:
1. gila kuasa!
2. takut masa depan susah
3. ikut cakap suami
4. tak mahu bergantung dgn anak2
5. rasa diri masih sihat
6. tak sedar diri dah tua
7. masih banyak hutang
8. nak kahwin lagi
9. belum menopous
10. ada peluang utk meneruskan khidmat bakti
11. masih rasa kurang panjang (??? apa maksud ni?)
12. alahh... lu fikirlah sendiri.....
13. kerana tak ada kerja lain
14. masih bersemangat
15. rasa diri masih 'muda'
16. berhenti kerja, takut berhenti nafas pulak!
17. takde duit...
18. bini masih muda lagi
19. dpt jumpa kekawan dlm MGB
apa kata anda?

Wednesday, June 25, 2008
ke jb
pagi ni aku nak bersiap2 utk ke jb, berseminar hingga ke hari jumaat. aduhai, dlm kesibukan aku nak membuat projek 3, macam2 program ler pulak yg perlu dihadiri. Kalau boleh layan internet kat hotel tu nanti alangkah bahagianya....
Tuesday, June 24, 2008
9 jenis syaitan
Umar al-Khattab berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
(# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah matahari.
SUMBER:http://hanan.com.my/viewtopic.php?forum=5&topic=3285"

Monday, June 23, 2008
panduan untuk berucap....
Dalam keadaan biasa termasuk mengajar saya suka jika kasut saya sedikit longgar. Tetapi apabila saya dijemput untuk menyampaikan ceramah, ucapan, menjadi pengerusi/pengacara majlis atau terlibat dalam pertandingan pidato/bahas, saya akan memilih kasut yang bertali.
Dan menjadi kebiasaan saya untuk mempastikan agar kasut saya dikat dengan kejap sehingga terasa yang kaki saya tercengkam rapat di dalam kasut itu. Saya akan cuba berjalan berulang alik beberapa kali sebelum menaiki pentas untuk memastikan sama ada kaki saya benar-benar sepenuhnya mantap memijak lantai atau tanah.
Saya tidak akan membiarkan kaki saya longgar dalam kasut sewaktu menyampaikan ucapan/ceramah. Mungkin lain orang lain caranya. Tetapi inilah cara yang saya gunakan untuk mendapat keyakinan penuh sewaktu menyampaikan sesuatu ucapan/syarahan.
oleh GuruBashid
http://gurubashid.com/blog/

Sunday, June 22, 2008
Saturday, June 21, 2008
fasa 8
aku baru dapat hari ini surat panggilan utk fasa 8, daftar pd 6 Julai, kuliah bermula dari 7 Julai 2008 hingga 7 Ogos 2008. Alhamdulillah, akan sampai juga aku ke fasa terakhir, mudah2an semua beres, selamat dan berjaya.
suka kat pompuan
hari ini, buat sekian kalinya aku terbaca lagi komen yg mengatakan aku ni seorang yg suka sangat kat pompuan. Contoh; kalau orang pompuan dtg mintak tolong, cepat2 aku tolong tapi kalau lelaki yg mintak tolong, aku buat mcm tak layan jer..... betul ke macam tu???
Sila baca komen aku di https://www.blogger.com/comment.g?blogID=3898329626626330087&postID=6576562458015106090
Apa pendapat anda?

Friday, June 20, 2008
projek 3
aku edarkan borang kaji selidik hari ni. Soal selidik yang simple, 15 soalan, jawab ya, tidak atau tak pasti jer. Aku bercadang untuk membuat kajian tindakan yg fokus kepada usaha memperkasa pengurusan dan pentadbiran panitia matapelajaran.
Perkara lain;
i. Bincang dgn GPK Koko mengenai Bantuan Pakaian Seragam.
ii. Sediakan borang opsyen 58, taklimat pd hari Selasa 24 Jun 2008.
iii. Mesyuarat prasekolah zon sg balang di SK Pt. Jawa, 2.45 ptg

Thursday, June 19, 2008
opsyen pencen 58
Aku hadiri taklimat Bantuan Pakaian Seragam pagi tadi. Tempahan daripada sebuah syarikat saja. Sanggup ke syarikat tu? Sekolah aku ada 108 orang yg layak, ramai ler pulak yg miskin....
Ditaklimatkan juga Pekeliling Perkhidmatan untuk opsyen pencen 58 yang boleh dimuatturun daripada; http://www.jpapencen.gov.my
Kekawan bagaimana? Pilih 58 ke?

Terima kasih kembali
Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu (Ustaz) Abd. Bashid yg telah 'link' kan blog ini di dalam blognya, http://gurubashid.com/blog
Beliau juga telah mengatakan;
"Walaupun laman Panduan Guru-Guru Malaysia telah kehilangan 24 artikel akibat peristiwa godaman hacker yang bertalu-talu ke atas GuruBashid Dot Com yang turut melenyapkan buat sementara waktu laman Pakej Guru beberapa hari lalu masih terasa kepanasannya, namun tindakan beberapa sahabat blogger yang membantu saya untuk mendapatkan semula sebahagian artikel tersebut sedikit sebanyak telah melegakan hati saya. Saya sepatutnya berterima kasih kepada mereka.
Mujurlah ada blogger yang bermurah hati memetik semula beberapa artikel tersebut untuk dimuatkan dalam laman mereka.Kalau tidak kepunanlah saya untuk mendapatkan semula artikel tersebut kerana bukan semua yang saya tulis saya simpan. Inilah kelemahan saya yang patut diperbetul mulai sekarang.
Saya tidak kisah jika ada blogger atau sesiapa sahaja memetik semula buah fikiran saya asalkan disebut hakciptanya yang asal dan dari laman mana artikel itu diambil. Dengan bantuan anda itu, sekurang-kurangnya idea saya dapat dikongsi dengan lebih ramai pembaca. Inilah yang saya mahu sebenarnya.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Yusof atas kelahiran laman beliau Cikgu Yusof dan terima kasih kerana turut memetik dua artikel saya iaitu Pelajar atau Kita Yang Bermasalah dan Bersedialah dengan Wajah Sebenar Pelajar untuk dimuatkan dalam laman beliau.
Terima kasih kembali Cikgu Bashid.

Wednesday, June 18, 2008
Rehat minda: tahukah anda?
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK.. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampumerosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyakmampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan danbukannya perasa tambahan pada makanan.
6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka..
7. Kerana ketangkasan Bruce Lee.. pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.
9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.
10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.
11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan123456789876 54321.
12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.
16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.
18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.
19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
23. Terdapat banyak telefon di Washington D. C mengalahkan penduduk-penduduknya .
24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah 'flutterby' .
28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.
29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.
29. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu office... Pelik bukan!
30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan?
Sumber: http://www.swakarya.com/blogs/index.php?blog=6

nak tukar tajuk la
alamak... pening ler pulak memikirkan tajuk kajian tindakan untuk projek 3 ni. Aku nak tukar tajuk la.... tajuk yang sedia ada tu macam tak best la, tak mesra alam dengan suasana sekolah aku sekarang ni. Hari ni nak bagi tau pensyarah penyelia melalui email.
Tuesday, June 17, 2008
taklimat pengurusan
Seawal jam 5 pagi, aku telah bersedia utk ke Pusat Islam, JB utk menghadiri taklimat pengurusan oleh pengarah pelajaran Johor bersama pentadbir2 pendidikan negeri Johor. Tenggelam timbul jugak aku masa dengar taklimat tu. Bersurai jam 1.30 dan terus balik, sampai rumah jam 5 ptg.
Monday, June 16, 2008
Hari Terbuka
Sekolah aku akan mengadakan hari terbuka pada hari esok, 17 Jun 2008. Surat siaran telah diedarkan pada minggu lepas dan pagi tadi, sekali lagi murid2 telah diperingatkan supaya meminta ibu bapa atau penjaga mereka datang. Dan pada kebiasaannya, kedatangan tak akan pernah 100%. Mengapa ada ibu bapa yang tak dapat datang? Adakah mereka tidak mengetahui tentang betapa pentingnya hari terbuka terhadap pencapaian akademik anak-anak mereka? Tidak mampukah mereka untuk datang setahun sekali demi kebaikan dan masa depan anak masing2? Banyak persoalan tentang perkara ini yang tidak berjawab dan persoalan tinggal persoalan....
Sunday, June 15, 2008
Saturday, June 14, 2008
pelajar atau kita yg bermasalah?
Pelajar yang melakukan kesalahan perlulah dilayan sebagai seorang manusia bukannya sebagai pesalah jauh sekali sebagai penjenayah. Sebesar mana pun kesalahan mereka, mereka adalah pelajar yang sedang melalui proses pembelajaran. Dalam proses itu mereka belajar daripada jatuh bangun mereka sebagai pelajar.
Mereka tidak perlu dimalukan sebelum, semasa dan selepas hukuman dijatuhi ke atas mereka. Mereka patut menerima hanya hukuman ke atas kesalahan mereka, tidak lebih atau kurang daripada itu.
Sebarang bentuk sentuhan fizikal dalam maksud menyakitkan atau mendera tidak boleh sama sekali dilakukan kecuali hukuman yang dibenarkan seperti merotan. Itu pun dilaksanakan oleh orang yang tertentu di sekolah.
Masalah yang timbul ialah kecenderungan sebahagian kita untuk melayan perasaan marah kita kepada pelajar tertentu. Kita mengaitkan pelajar tertentu dengan stigma negatif. Apabila disebut sahaja pelajar A, kita sudah menetapkan dalam minda kita bahawa pelajar itulah yang paling banyak masalah atau menjadi punca kepada masalah. Kita ceritakan perkara yang kita anggap masalah itu kepada orang lain. Ini sebenarnya tidak banyak membantu diri pelajar berkenaan dan disiplin keseluruhannya.
Ada dua perkara mudah yang selalu sahaja kita terlupa melakukannya atas alasan kita terlalu prihatin terhadap masalah disiplin di sekolah. Pertama menasihati pelajar yang bermasalah dan kedua, mendekati mereka selalu.
Sebahagian guru menganggap mereka telah menasihati pelajar yang terlibat. Sebenarnya apa yang mereka selalu lakukan ialah memarahi atau meleteri pelajar, bukannya menasihati. Apa yang mereka sangka sebagai nasihat itu sebenarnya hanyalah kemarahan dan leteran yang diulang-ulang.
Dengan cara itu mereka pun menaruh harapan besar agar “leteran” atau “kemarahan” itu menyentuh hati pelajar. Tetapi yang sebenarnya berlaku bukan sahaja hati pelajar langsung tidak tersentuh, sebaliknya telinga dan emosi mereka pula yang dimain-mainkan.
Tugas membentuk sahsiah pelajar bukan tugas berkaitan emosi dan minda mereka per se, tetapi yang lebih utama ialah tugas yang berkaitan hati mereka. Justeru, dekatilah mereka dan sentuh hati mereka, kerana di situlah switch segala masalah manusia.
Hakcipta Abd Bashid Harun

Friday, June 13, 2008
hujan emas di negeri orang.......
The World's Best Places to Live 2008
No. 1: Zurich, Switzerland
Mercer score: 108*2007 rank: No. 1GDP: $300.9 billion (2007 est.)**Population: 7,581,520 (total country); 347,517 (total city)Life expectancy: 80.74 years
No. 2 (tie): Vienna, Austria
Mercer score: 107.92007 rank: No. 3GDP: $319.7 billion (2007 est.)Population: 8,205,533 (total country); 1,825,287 (total city)Life expectancy: 79.36 years
No. 2 (tie): Geneva, Switzerland
Mercer score: 107.92007 rank: No. 2GDP: $300.9 billion (2007 est.)Population: 7,581,520 (total country); 185,000 (total city)Life expectancy: 80.74 years
No. 4: Vancouver, Canada
Mercer score: 107.62007 rank: No. 3GDP: $1.274 trillion (2007 est.)Population: 33,212,696 (total country); 560,000 (total city)Life expectancy: 81.16 years
No. 5: Auckland, New Zealand
Mercer score: 107.32007 rank: No. 5GDP: $112.6 billion (2007 est.)Population: 4,173,460 (total country); 1.18 million (total city)Life expectancy: 80.24 years
No. 6: Dusseldorf, Germany
Mercer score: 107.22007 rank: No. 6GDP: $2.833 trillion (2007 est.)Population: 82,369,548 (total country); 581,858 (total city)Life expectancy: 79.1 years
No. 7 (tie): Munich, Germany
Mercer score: 1072007 rank: No. 8GDP: $2.833 trillion (2007 est.)Population: 82,369,548 (total country); 1,332,650 (total city)Life expectancy: 79.1 years
No. 7 (tie): Frankfurt, Germany
Mercer score: 1072007 rank: No. 7GDP: $2.833 trillion (2007 est.)Population: 82,369,548 (total country); 3,700,000 (total city)Life expectancy: 79.1 years
No. 9: Bern, Switzerland
Mercer score: 106.52007 rank: No. 9GDP: $319.7 billion (2007 est.)Population: 8,205,533 (total country); 122,178 (total city)Life expectancy: 79.36 years
No. 10: Sydney, Australia
Mercer score: 106.32007 rank: No. 9GDP: $766.8 billion (2007 est.)Population: 20,600,856 (total country); 4,297,100 (total city)Life expectancy: 80.73 years
Hometown kita nombor bape eh?

Thursday, June 12, 2008
Mentalk Candy
Dua bulan lepas, dalam satu mesyuarat GB, ada member yg promote gula2 tu kat aku, dapat ler aku 2 biji, sampai kat rumah aku makan ler sebiji, saja nak cuba dan lihat kesannya tapi takde apa2 pun, tak spt yg digembar-gemburkan. Sebiji lagi entah mana aku letak, terlupa dah, jangan anak aku termakan sudah ler......
Dua hari lepas, kat kolej, ada ler pulak member yg buat promosi gula2 tu............. aku kata aku cuba dah tapi tak ada apa2 pun......
Hari ini aku terbaca tentang bahaya gula2 tu seperti di alamat berikut;
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_30.htm
Kekawan semua, berhati2 ler.....
moral of the story is berhati2 ler di jalan raya.......

Wednesday, June 11, 2008
menyiapkan assignment....
separuh pengsan aku menyiapkan assignment kumpulan. Nak disiapkan dan dihantar pada hari ni jugak kalau tidak akan bermasalah ler....
Tuesday, June 10, 2008
Monday, June 09, 2008
exam
hari ini exam paper Isu-isu Perundangan Pendidikan, boleh tahan juga la susahnya, hope dapat gred baik...
Sunday, June 08, 2008
Saturday, June 07, 2008
Friday, June 06, 2008
DILARANG ketawa atau senyum....
Lawak Chot
1. GAMBAR
Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya. Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi. Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."
2. KEMIK
Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bolasepak. Keesokan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala. Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku. Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula. Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata, "HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!"
3. BUKU Cerita Punya Hal
Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran. "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. "Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan! " kata Chot. "Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi. "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!" Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telepon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"
4. MASA
Chot: "Chet, skrang dah pukui brapa?"
Chet: "3:15 petang."
Chot: (dgn mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"
Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"
Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

Thursday, June 05, 2008
harga petrol naik lagi!!!
Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini 04/06/2008.
PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.
Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.
Paklah! what you've done. Dulu isi wira cabuk aku full tank RM70, sekarang jadi RM108.00....aaaahhhhhhh.
Wednesday, June 04, 2008
tulisan jawi - توليسن جاوي
سسياڤا يڠ برمينت اونتوق منوليس د دالم توليسن جاوي، سيلا لاوتي لامن ويب د باوه اين
http://www.ejawi.net/converter.php
http://www.ejawi.net/converter.php
projek 3
1. pagi ini jumpa pensyarah penyelia utk projek 3, kira ok la... aku harap dapat buat yg terbaik dan dapat gred yg terbaik jugak.
2. akhirnya portal yg dibangunkan oleh kumpulan aku siap juga. aku pd mulanya memang 'blur' betul nak gunakan perisian 'moodle' tu, terima kasih pd Pn Rohaizah dan kekawan yg banyak membantu. petang ni nak kena buat pembentangan.
3. semalam call wife dan melepaskan kerinduan pd luqman al hakim

Tuesday, June 03, 2008
Monday, June 02, 2008
9 words women use
(1) Fine: This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.
(2) Five Minutes: If she is getting dressed, this means a half an hour.Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.
(3) Nothing: This is the calm before the storm. This means something, and you should be on your toes. Arguments that begin with nothing usually end in fine.
(4) Go Ahead: This is a dare, not permission. Don't Do It!
(5) Loud Sigh: This is actually a word, but is a non-verbal statement often misunderstood by men. A loud sigh means she thinks you are an idiot and wonders why she is wasting her time standing here and arguing with you about nothing. (Refer back to # 3 for the meaning of nothing.)
(6) That's Okay: This is one of the most dangerous statements a women can make to a man. That's okay means she wants to think long and hard before deciding how and when you will pay for your mistake.
(7) Thanks: A woman is thanking you, do not question, or Faint. Just say you're welcome (I want to add in a clause here - This is true, unless she says 'Thanks a lot' - that is PURE sarcasm and she is not thanking you at all. DO NOT say 'you're welcome' ... that will bring on a 'whatever').
(8) Whatever: Is a women's way of saying F*cK YOU!
(9) Don't worry about it, I got it: Another dangerous statement, meaning this is something that a woman has told a man to do several times, but is now doing it herself.This will later result in a man asking 'What's wrong?' For the woman's response refer to # 3.
sumber: http://isuharian.blogspot.com/

tertidur ketika memandu
aku bertolak dr rumah sebelum zohor. selepas masuk ke persimpangan ke shah alam/ipoh, rasa mengantuk yg amat sangat. memang niat nak berhenti dan rehat sebentar tapi bertangguh2, akibatnya aku terlelap ketika memandu... nasib tidak lama dan tidak berlaku apa2, alhamdulillah masih panjang lagi umur aku....
Sunday, June 01, 2008
keletihan
baru malam tadi balik dari temerloh, penat dan letih. Hari ini nak balik ke upsi, plan nak balik sebelum zohor. Tak sempat nak post entri baru, hanya coretan ini saja....
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)