Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri,
Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah…
semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan
yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya 'Alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua
masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat
setiap kebaikan pd kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk
diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui..
Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya
dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn
kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami
ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu
bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu
ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami
mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa
kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa
mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu
yg mgalir dlm diri kami...kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya
ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah
kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami...kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa
ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami
membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan
kami berada dlm kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa
kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami
dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam
barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami
menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan
rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya Aziz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah
hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau
jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka
buruk dan khianat.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka
kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka
yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d
klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan
cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit,
maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada
dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka,
maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan
berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya Malikal Mulk…
Ya Razak..ya Fattahu ya 'Alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati dan jdkanlah
dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp
golongan yg lupa diri setelah mndapat padanya tempat kami mencari kehidupan,
Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah
kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan,
Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya Zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Jgnlah kau jdkan ramadhan ini sbg yg terakhir buat
kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akn dtg…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jdkankanlah
puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ramadhan ini paling bererti,
penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih
sayangmu ya Allah…jdkanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami.. Ya
Allah…temukanlah kami dgn lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dpt
beramal d mlm al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubat
kami..ampunkanlah segala dosa
kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal
abadi…kurniakanlah kpd kami syurgaMu yg maha luas nikmatnya…
No comments :
Post a Comment