Saturday, May 16, 2015

mana netbook 1malaysia

Hari ini genap setahun pengumuman pemberian 400,000 netbook 1Malaysia sebagai hadiah Hari Guru 2014 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Namun Ketua DAPSY Teo Kok Seong berkata, sehingga menjelang sambutan Hari Guru esok, para guru masih tertanya-tanya tentang janji pihak kerajaan tersebut Shabery pada 19 Jun 2014 dalam jawapannya di Parlimen berkata, sebanyak RM400 juta telah dibelanjakan untuk Netbook 1Malaysia.

Tegas Kok Seong, RM400 juta merupakan angka yang sangat besar dan perbelanjaan itu perlu diperjelaskan kepada warga guru dan seluruh rakyat Malaysia.

UTK ke-55

seawal 12.01 tgh mlm, aku menerima ucapan......

Friday, May 15, 2015

bersantai di rumah emak Yatie

Petang tadi selepas asar, aku, isteri dan cucu pergi ke rumah emak Norhayati Sabtu, di Pt Tengah. Sejak tahun 1980 kami tidak pernah berjumpa hanya baru-baru ini dapat berinteraksi dan menatap gambar di alam maya sahaja. Selain daripada aku dan Yatie, Junaidah Paiman, Mashitah Adenan, Badariah Sulaiman, Md Nor Karno dan Ng Kim San telah sama-sama turut serta. Banyak cerita yang tidak sempat dibualkan kerana kesuntukan masa.

Md Nor, Kim San, Siti Badariah, Norhayati, Mashitah dan aku

Thursday, May 14, 2015

seawal 6 pagi ke

Aku terserempak dengan pekerja SWM ketika keluar dari Masjid Jamek Muar selepas selesai solat subuh pagi tadi. Dia mendukung mesin penyembur sampah (zaman canggih ni dah tak guna penyapu dah) menyembur sampah2 kecil di tepi jalan hadapan masjid. Aku terus menjeling jam di dalam kereta, 6.07 pagi, wow! awalnya mula bekerja.....


Sunday, May 10, 2015

khasiat air zam-zam

Petang semalam di sebuah masjid di Melaka, aku terserempak dengan seorang lelaki sedang menjinjit sebotol air;
Air apa tu bang?
Air zam-zam
Bape harga tu?
30 ringgit
Banyak air zam-zam tu
Iye, saya buat ubat, hari-hari minum, Alhamdulillah dulu saya kena stroke, ni dah beransur sembuh
(Dia capai tangan kanan saya dengan tangan kirinya)
Ni tengok dah okay jugak dah tangan saya berkat minum air zam-zam
Dah bape lama kena stroke?
Adalah dalam lima enam tahun
Alhamdulillah, mudah2an sembuh seperti sedia kala, umur abang bape?
57
Owh, tua dua thn drp saya....ok jumpa lagi bang, assalamualaikum!


Wednesday, May 06, 2015

derma darah

Program Menderma Darah bersempena sambutan Hari Guru tahun 2015 telah diadakan di PPD Muar semalam, 5 Mei 2015 dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.




Monday, May 04, 2015

born 60

Rakan sekolah, Razali Alias mengadakan kenduri kahwin anak lelakinya. Sempat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah yang sebaya (lahir tahun 1960) dan ada yang sudah tidak dapat dikenali kerana telah hampir 40 tahun tidak berjumpa. Jejak kasih le pulak....hihi

bersama Suratman