Monday, March 31, 2014

kembali ke rahmatullah


Bonda tercinta, Pn Hjh Endon binti Suliman telah meninggal dunia pada jam 4 lbh pagi tadi dan telah selamat berehat di persemadian sebelum zohor. AlFatihah!

Saturday, March 22, 2014

sajak buat Kapten Zaharie

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

Friday, March 14, 2014

konspirasi seterusnya...


Sila baca di sini.


konspirasi lagi...

MH370 Berada di Maluku

Kehilangan MH370 sudah memasuki hari ke tujuh. Tiada satu pun tanda bahawa kapalterbang besar tersebut terhempas atau dirampas mana-mana pihak. Walaupun ada pihak di China mendakwa merampas kapalterbang tersebut namun dakwaan mereka tertolak kerana tiada sebarnag tuntutan atau bukti-bukti lain.

Malaysia adalah sebuah negara yang sering sahaja mencipta nama buruk sejak PM Najib menerajui pemerintahan. Malaysia pernah dinobat negara paling rasuah dalam perniagaan, pendidikan paling buruk di Asia, Perdana Menteri paling boros dan lain-lain.

Tuesday, March 11, 2014

Berdoa Untuk Orang Bukan Islam


Zaharuddin Abd Rahman berkata,

"Ada yang bertanya kepada saya, bolehkah berdoa untuk orang bukan Islam dalam pesawat MH370?. Solat hajat untuk mereka sekaligus?.

Jawabnya, BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non Muslim agar SELAMAT, SIHAT, termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.

Imam Nawawi juga menyebut HARUS doa belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup & keampunan atas kesalahannya & bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya ( اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ)

Namun bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan tidak Islam, telah disepakati ulama, TIDAK BOLEH berdoa KEAMPUNAN & RAHMAT Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah Surah At-Tawbah 113."


Monday, March 10, 2014

doa dan harapan


Aku link berita ini sebagai doa dan harapan......


berkursus dan emak masuk wad


Aku akan mengikuti kursus TOT anjuran IAB mulai hari ini hingga 13 Mac 2014 di Hotel Muar Traders. Sementara itu, emak telah dimasukkan ke dlm wad hospital Sultanah Fatimah sejak pg semalam. Alhamdulillah, keadaanya telah agak stabil, mudah2an segera sembuh, amin!!!

Friday, March 07, 2014

asal-usul nasi kerabu


Nasi kerabu ialah satu hidangan nasi yang dimakan bersama ulam-ulam yang dijadikan kerabu. Antara ulam yang biasa dijadikan kerabu ialah kacang panjang, mentimun, daun kesom dan taugeh. Nasi berkerabu ulam ini dimakan bersama sambal ikan, telur masin, ikan goreng, ikan bakar, daging bakar, keropok, bawang jeruk, tumis dan budu (sos ikan bilis).

Tidak diketahui dengan jelas asal usul nasi kerabu, tetapi dalam masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat Siam, ulam menjadi makanan harian mereka. Di Thailand, nasi kerabu dikenali sebagai Khau Jam. Tidak banyak perbezaan di antara nasi kerabu dengan khau jam, kecuali perbezaan citarasa tumis dan bahan yang dijadikan sos sahaja.

Thursday, March 06, 2014

TELEFON PINTAR 'NOKIA X' MURAH TAPI CANGGIH


Anda tengah berkira-kira hendak beli telefon pintar berjenama, tapi budget kecil dan tak tahu smartphone jenis apa yang hendak di beli. Kalau jenama China berlambak di pasaran, tapi paham-paham la banyak sangat problem smartphone buatan china ni, harga pun bukan murah sangat... rasa tak berbaloi pulak beli.

Ini ada berita baik! telefon pintar mampu milik kepada pengguna di Malaysia, telefon pintar mampu milik terbaru di beri nama 'Nokia X' yang telah di lancarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Wednesday, March 05, 2014

Trend Gigi Taring Berlapis Di Jepun.


TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik. Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Saturday, March 01, 2014

takziah buat keluarga Cikgu Ahmad Hilal bin Zainuddin


Lbh kurang jam 6 ptg semalam, aku menerima panggilan drp rakan sekerja tentang pemergiannya buat selama2nya, innalillah wa inna ilaihi rajiuun....

Kali terakhir berjumpa dengannya ialah pd hari Sabtu lepas di tempat berlangsungnya Pertandingan Catur MSSJ di Batu Pahat. Sempat bertanyakan kepadanya sedikit hal-hal peribadi dan bercadang utk berjumpa lagi dan bertanya lagi. Demikianlah sudah suratannya, dia pergi terlebih daripada kita semua, al-Fatihah!