Monday, April 21, 2008

rokok lagi....

Fatwa semasa mengenai hukum merokok menjurus kepada haram

Oleh Muhammad Syafiq (spt dalam HarakahDaily.net, Fri Apr 11, 08 11:38:14 am MYT )

Saya perhatikan di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak.

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih. - lanh

Saturday, April 19, 2008

woman.....

Puisi Perokok

I am Peter Stuyvesant
I have two friends, Benson and Hedges
I came from the city of Marlboro,
In the Salem high country
I Always carry a Mild Seven
I rode on a White Horse
Going to Kingsway in Kent
It was Lucky Strike I fell in love
With the daughter of Master Duke
Her name Was YSL
We got married by Perillys, the priest
We checked in at the house of Dunhill
And booked into room number 555
I laid her on the bed made of Gold Leaf
I played with her two Matterhorns
When I poked in my Rothmans King Size
She cried in delight, “You are a Rough Rider!!!”
You are riding like a mad Camel
When I asked her if she is satisfied
She answered” I want MORE!!!!”
Then suddenly she turned around and asked me if I want to
enter her Gudang Garam.
She said… depan belakang puas, barulah Sampoerna!!!

fuh.. betapa banyaknya jenama rokok sampai boleh buat puisi/ sajak.. apa2 pun, rokok merbahayakan kesihatan anda. Tinggalkanlah amalan merokok!!!


Sunber: http://bakponyo.blogspot.com/

hujan

CIKGU: Arip, kenapa kamu datang lewat hari ini??

ARIP : Hujan lebat cikgu... ...

CIKGU: Semalam, kenapa awak tak hadir??

A! RIP : Hujan,cikgu... ...

CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis kalau tiap-tiap hari hujan??

ARIP : Banjir, cikgu

CIKGU: @#%#@&%#@$

Sumber: http://bakponyo.blogspot.com/

sibuk???

Ini adalah antara program aku dalam beberapa hari ni;

13 April - program motivasi ibu bapa di Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah

14 April - mesyuarat dgn semua GPK

15 April - cuti rehat, hantar anak balik ke Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah

16 April - cuti rehat, urusan di Pejabat Agama, Muar

17 April - berkurung di sekolah, menyelesaikan kerja2 tertangguh....

18 April - pagi, mesyuarat di PPD (Majlis Maulidurrasul PPD Muar), petang, mesyuarat JK Kejohanan Olahraga Prasekolah Zon Sg Balang

19 April - Kem Bestari Solat di sekolah

Friday, April 11, 2008

benci lelaki melayu?

( Gambar ini hanya sekadar hiasan)

Seorang kenalan menyatakan bahawa dia tidak percaya langsung kepada semua lelaki Melayu. Tidak pula dinyatakan sebab2nya tetapi sebagai seorang lelaki apakah perasaan dan pendapat anda?


kasih sayang dan cinta....

Sepertimana tahun2 terdahulu, sekolah aku mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah. Antara aturcaranya ialah perarakan di sekitar kawasan sekolah, persembahan murid, tayangan video, ceramah dan makan nasi minyak. Demikianlah antara aktiviti yang diadakan saban tahun sebagai mengingati Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW, persoalannya ialah adakah tertanam rasa kasih sayang dan cinta pada nabi dan adakah timbul kesedaran dan kekuatan untuk mengamalkan segala sunnah nabi dalam kehidupan kita seharian???

Wednesday, April 09, 2008

Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008-2010



Aku hadiri taklimat tersebut pada hari ini di Sekolah Tinggi, Muar.

Mesyuarat Khas PPSMI yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) pada 31 Disember 2007 telah memutuskan penyelidikan dan penilaian PPSMI hendaklah dijalankan secara menyeluruh di semua sekolah rendah dan menengah.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk menilai pelaksanaan serta mencadangkan penambahbaikan bagi memantapkan dasar PPSMI.

Kajian ini melibatkan pengutipan data melalui soal selidik Pengetua/Guru Besar dan semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal.

Pengutipan data dilaksanakan sebanyak dua kali setahun iaitu pada minggu ketiga April dan minggu ketiga Oktober bermula dari tahun 2008 hingga tahun 2010.

Tuesday, April 08, 2008

Wednesday, April 02, 2008

Saat Terakhir Rasullulah s.a.w

Bulan ini merupakan bulan kelahiran Rasullulah. Sebagai tanda ingatan kita kepada baginda, ramailah di antara kita yang mengadakan sambutan Maulidur Rasul yang mana antaranya kita mengadakan perarakan sambil membacakan salawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Sambutan Maulid ini adalah tanda ingatan kita atas kelahiran Nabi ke atas dunia ini tetapi bagaimana pulakah saat terakhir Nabi sebelum baginda meninggalkan dunia fana ini? Marilah bersama kita hayati... SAAT-SAAT AKHIR RASULLULAH.

Pagi itu , Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya.Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara kepada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barangsiapa mencintai sunnahku, beerti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintai aku akan masuk syurga bersama-sama aku.” Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullulah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya turun naik menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba. “Rasullulah akan meninggalkan kita semua”, keluh hati semua sahabat ketika itu. Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasullulah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasullulah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya. Rasullulah yang ketika itu telah terjaga bertanyakan anaknya
“ Siapakah itu wahai anakku?”. “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekarang aku melihatnya”. Rasullulah lalu menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenangkannya.” Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan didunia. Dialah malaikat maut.” Kata Rasullulah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasullulah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasullulah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “ Jibril, betapa sakinya sakaratul maut ini.” Perlahan Rasullulah mengaduh. Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku , hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasullulah kepada malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal.” Kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasullulah memekik, kerana kesakitan yang tidak tertahan lagi. “ Ya Allah, dahsyat nian maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasullulah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak menyatakan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
“ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku.” Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu.” Di luar pintu, tangis mulai kedengaran bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinga ke bibir Rasullulah yang mulai kebiruan. “ Ummatii, ummatii, ummatii – umatku,umatku,umatku”.

Berakhirlah hidup manusia yang mulia yang memberi sinaran itu. Betapa cintanya Rasullulah kepada kita. Persoalannya mampukah kita menyintai baginda seperti mana cintanya beliau kepada kita? Bersamalah kita renungkan.........

Sumber: http://nisamelaka.blogspot.com

cuti rehat

aku mengambil curi rehat selama 2 hari, dari 31 Mac hingga semalam. Tapi semalam macam tak cuti ler pulak, banyak jugak masa aku berada di sekolah.... banyak kerja. Tak habis2 kan kerja ni..... sampai mati baru habis? Hari Jumaat akan bercuti rehat lagi, nak ke sekolah teknik Melaka Tengah, hari terbuka.

GPK HEM mula bertugas hari ini. Aku pernah sama2 mengajar dengannya di SMK Sri Muar dulu.

Esok, 2.30 ptg, mesyuarat JK Kajian Tindakan Zon Sg Balang.