Semua orang mengetahui bahawa nama MUAR adalah mengambil
sempena nama sungainya - SUNGAI MUAR. Sungai MUAR inilah yang seringkali
tersebut dalam hikayat MALIM DEWA-DEWA DEMAN, misalnya terdapat nama Muar
tercatat sebagai “MUAR belum bernama MUAR, MUAR bernama TELUK DALAM”
Dari bukti di atas, boleh disimpulkan bahawa mungkin sungai
ini dikenali dengan nama TELUK DALAM. Teluk Dalam ini mungkin sekali bersempena
dengan keadaan sungainya yang berkualakan satu muara atau teluk yang membuka
luas.
Terdapat juga pendapat-pendapat lain yang mengatakan bahawa
nama Muar ini ialah ringkasan bagi perkataan MUARA. MUARA ialah bahasa Melayu
Sunda bermaksud " kuala sungai yang membuka atau meneluk luas", dan
kebetulan kuala sungai ini memang begitu halnya.
Satu lagi pendapat mengatakan bahawa perkataan MUAR itu
ialah satu rupa bentuk bagi perkataan "MUAK" maksudnya jemu berkayuh
dalam sungai yang begitu besar dan berbelit-belit.
No comments :
Post a Comment