Friday, February 28, 2014

duda idaman malaya

jom kongsi berita ini.....


SHAH ALAM – Masih ingat lagi kisah cinta meruntun hati Abil-Fauziah yang disiarkan muka depan terbitan sulung Sinar Harian Edisi Isnin, 10 September 2012 lalu?

Mengisahkan ketabahan seorang suami menjaga isterinya yang menderita penyakit saraf otak sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir, 2 April lalu.

Sebelum ini, kisah mereka mendapat perhatian umum setelah Abil sanggup berhenti kerja demi menjaga Gee yang terlantar selepas diserang asma sehingga menyebabkan Gee mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Tuesday, February 25, 2014

hadiri taklimat


Pagi ni jam 10, Unit Psikologi dan Kaunseling PPD Muar akan mengadakan "Road Show" Taklimat Pengurusan Guru dan Staf Bermasalah (GSM) dan Menangani Kes Gangguan Seksual kepada Pentadbir Sekolah di Dewan Perdana Wawasan, PPD Muar.

Sunday, February 23, 2014

tak makan nasi


Aku: banyak susut badan awak, ok ke, sihat?
Dia: haah, ok, no problem
Aku: ade sakit ape2 ke
Dia: takde, ok je
Aku: badan awak dulu besar (baca gemuk) kan
Dia: haah
Aku: macam mane bole jadi macam ni
Dia: jaga makan je
Aku: macam mane tu
Dia: tak makan nasi
Aku: dah tu makan ape, tak lapar ke
Dia: makan le yg selain drp nasi, memang lapar....
Aku: ok tu, bape turun, bape berat sekarang, sejak bile turun mcm ni
Dia: turun 40kg, sekarang 80kg, dlm 3 bulan
Aku: eh banyak tu, dulu berat lbh 100kg kan
Dia: haah, 120 kg
Aku: wah banyak turun tu.....ok la keadaan awk sekarang, takde ape2 sakit kan, takde diabetes kan
Dia: takde, ok je
Aku: saya sekarang 70kg pun dah rasa tak selesa la, dulu2 cuma 60kg je......