Wednesday, December 30, 2009

ingat mengingati

JADILAH GURU SEBENAR
KE SEKOLAH TIDAK JEMU
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionalisme yang tinggi sepanjang masa.

Monday, December 28, 2009

pindaan penggal persekolahan

sila semak penggal persekolahan seperti yang terdapat di bawah ini kerana terdapat beberapa pindaan, bandingkan dengan yg diperolehi sebelum ini;

Penggal Persekolahan 2010 (pindaan)

dan tentang cuti;

Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan 2010


terima kasih.

Thursday, December 24, 2009

eKasih

semalam aku hadiri taklimat program eKasih anjuran jpnj. semua pengetua dan gb terlibat, daerah muar digabungkan dgn segamat dan diadakan di smk alauddin riayat shah pagoh. data murid drp keluarga miskin eKasih akan diselaraskan dlm smm dan pihak sekolah akan terlibat dlm menguruskan program tsb. tentang bantuan ni, yg sering menjadi masalah ialah pihak sekolah mendapat data yg tidak tepat terutama ttg jumlah pendapatan seisi keluarga wp ianya telah diakui sah oleh ketua kampung atau penghulu. apabila bantuan telah diagihkan, ada pulak yg dtg komplen ke sekolah (ke ppd jugak) tanya kenapa mereka tak dapat sedangkan yg dapat tu, menurut mereka adalah lbh baik keadaan ekonominya..... kemudian ppd akan tanya sekolah, apa halnya nih??? (nampak mcm sekolah tak reti2 nak buat keje dan yg sepatutnya bukan pihak sekolah buat pun, mcm pejabat kebajikan masyarakat ler pulak!!!)