Thursday, February 26, 2009

pemikiran

Pagi semlm aku bawa Khalisah ke kinik mata di hospital pakar Sultanah Fatimah, Muar. Kali pertama dan baru tahu bahawa prosedur rawatannya sedemikian rupa dan memerlukan masa yg agak lama. Datang jam 9 dan urusan selesai lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Aku berkesempatan berbual2 dgn seorang lelaki Cina tua berusia 72 tahun. Di antara kata2 dan pendapatnya;

1. Ini awak punya cucu ka? ( ????? tua sgt ke aku ni, hehehe)

2. Keja guru manyak bagus, itu keja bikin orang maa... (aku tanya dia keje apa? Tanam sayur utk jual tapi sekarang duduk rehat jer, anak ada bukak bengkel baiki kete)

3. Olang cina sendili cakap duduk dekat olang melayu punya rumah manyak susah... takda susah la, saya sudah manyak kali duduk dekat melayu punya rumah, bagus takda masalah! Kita selalu suka tengok dan sangka buruk pada orang. Kita tak mahu tengok jahat kita. Ini jahat bukan kira bangsa, dalam melayu pun ada jahat, dalam cina pun, dalam india pun....

4. Itu tempat saya tinggal ada bagus punya orang melayu, itu selalu kumpul semayang ramai2. Itu olang takla minum... bagus ka? itu olang takla judi... bagus ka? itu olang takla curi... bagus ka? mesti sumua bagus kan?

5. Sikalang budak2 manyak susah, tak mahu belaja, itu belaja manyak penting tapi itu budak2 suka keja cari duit saja. Belaja la tinggi2, lepas itu baru keja la... betul itu mcm bukan?

Tetiba, dia bingkas bangun bila namanya dipanggil utk ke bilik rawatan dan terhenti di situ kata2 dan luahan pendapatnya....

Tuesday, February 24, 2009

Pembugaran kajian tindakan

Hari ini aku hadiri Kursus Pembugaran Kajian Tindakan untuk GB daerah Muar anjuran PPD. JPNJ mengkhendaki semua guru menyediakan seorang satu kajian tindakan tapi PPD hanya meminta 4 panitia mata pelajaran utama dan GB sahaja yang menghantar proposal dan laporannya nanti.

Monday, February 23, 2009

markah pemantauan

seorang rakan karib meluahkan rasa kurang senang dan tidak puashatinya tentang pemantauan ke atas mereka yang mendapat kenaikan gred DGA38 dan DG44. Baru2 ini beliau telah dilantik sebagai GB DG44 dan telah dipantau oleh seorang kaunselor drp sekolah menengah yg beliau kenali. Katanya, kawan2 yg lain dapat markah tinggi2, ada yg sehingga 97% dan 98% namun beliau hanya mendapat sebanyak 77% sahaja. Teruk sgtkah aku ni, soal beliau dan jika beginilah keadaannya aku tak perlu ler memegang apa2 jawatan di peringkat daerah, aku nak letak jawatan, keluhnya lagi....

kesian juga aku mendengar keluhannya dan berasa musykil jugak memikirkan mengapa sampai terjadi yg sedemikian. Guru biasa yg baru dilantik pun diberi tak kurang drp 80% markah prestasinya inikan pula GB veteran!!!


p/s: Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku yang ke 24. Moga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat, amin!