Friday, November 28, 2008
StatCounter
Walaupun blog aku ni dah berusia lebih setahun tapi entah mengapa baru pagi ni aku berminat untuk mengadakan 'StatCounter'. Dulu, masa mula2 berblog aku memang tidak mengharapkan sangat yg blog aku akan dikunjungi ramai, biar ler aku syok sendiri! Namun tadi, selepas menjengah blog Norhayati Rasul, tergerak pulak hati nak adakan 'StatCounter' tu. Aku masih seperti dulu jugak, tak kisah ttg bilangan pelawat tetapi aku tetap sanjung dan hargai kalian yg sudi menjengah blog ini. Shukran Jazilan!
Thursday, November 27, 2008
asal-usul nama Johor
Johor merupakan salah sebuah negeri yg tertua pernah menerima pengaruh Kerajaan Seriwijaya dan mempunyai sejarahnya yg tersendiri. Johor telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menurut catatan dalam prasasti bertarikh 1006 Masihi dan buku Undang-undang Siam pada tahun 1438, Johor telah disebut sebagai Wurawari atau Warawari atau Wawari yg bermaksud air yg jernih. Mengikut catatan seorang pengarang Portugis bernama Godinho d'Eridia, Marco polo telah membuat pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah. Nama yg sama juga disebut di dalam Hikayat Jawa 'Negara Kertagana' yg ditulis oleh Prapanca pada tahun 1365, Johor disebut sebagai Negeri Ujung Tanah atau Hujung Madini kerana Johor terletak di tanah yg paling selatan benua Asia.Mengikut pertuturan di kalangan saudagar yg singgah di Johor, Johor disebut sebagai Jantan atau Jantana atau Santana atau Tana yg membawa maksud Ujung Tanah. Dalam buku Sejarah Melayu yg ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor disebut dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor. Dalam bahasa Siam, Johor disebut sebagai Gelangkyu dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai Galuh. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud batu permata. Orang-orang Arab pula menyebut batu permata sebagai Jauhar. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor terbit dan kekal hingga sekarang.
Sumber: Suara dan Berita Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor.
Baca lagi tentang sejarah Johor di sini.
Tuesday, November 25, 2008
burung puyuh goreng
Lepas zohor nanti aku bercadang hendak ke Bukit Katil, Melaka untuk menjengah anak bujang yg sedang berhempas pulas menduduki peperiksaan SPM. Si kecil Aisyah sejak dua hari lepas sibuk bercerita tentang burung puyuh goreng yang dijual di pasar lambak Taman Duyung. Dia sangat menggemarinya tetapi kedekut nak membeli menggunakan duit sendiri. Harganya ialah RM3.50. Daging burung memang ler sedap rasanya kan... Pasar lambak di Taman Duyung itu hanya diadakan pada setiap hari Selasa. Anak2 semua teruja nak makan burung puyuh goreng, mintak2 ada laa orang yg menjualnya...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)