Friday, October 31, 2008
nama anak
Baru semalam aku berkesempatan untuk mendaftarkan anak aku yang dilahirkan pada 21 Oktober itu. Ada pulak dokumen yang aku tak bawak kerana menyangkakan ianya tidak diperlukan. Anak yang sebelum ini, dokumen itu tidak diperlukan. So, baru hari inilah surat beranak anak aku tu siap. Wife aku yang carikan nama dan bila aku tengok, kira ok ler.... Namanya NUR KHALISAH NADHIRAH yang bermakna cahaya suci/ikhlas yang berseri-seri. Mudah2an akan menjadi anak yang solehah, amin!
Friday, October 24, 2008
camping
Pada awalnya aku tidak berniat untuk tidur di sekolah tetapi apabila aku lihat tiada seorang pun guru lelaki yg tinggal untuk membuat kawalan malam selepas jam 2 pagi maka jadi pak guard ler pulak aku.... Hujan renyai2 dan kekadang lebat sikit, menyebabkan beberapa khemah dimasuki air. Masih ramai murid yg belum tidur. Beberapa kali aku terpaksa menjerit meminta diam dan tidur. Dah nama pun budak2, kalau setakat satu malam camping, mereka tidak dapat melelapkan mata. Asyik berbual entah apa2 entah....
Wednesday, October 22, 2008
anak murid
Sedang aku meninjau2 barang di pasar lambak di Taman Duyung, Bkt Katil Melaka petang semalam, seseorang menegurku, "Ustaz Yusof kan? (panggil aku ustaz ler pulak)." Ingatanku terus melayang jauh ke Sekolah Menengah Agama Rompin, di Kuala Rompin, Pahang, hanya semasa mengajar di situ sahaja yg aku dipanggil ustaz walaupun aku mengajar BM dan Sejarah..... Aku tersengih2 memandangnya yg juga tersenyum2, "Saya Anizamlah ustaz, anak murid yg nakal dulu......ustaz tak banyak berubah, lebih kurang macam dulu jugak....." Nak tergelak aku, mana boleh tak berubah, 'macam dulu' tu ialah lebih daripada 20 tahun yg lalu.... rambut dah banyak yg beruban malah janggut pun dah hampir separuh yg beruban.....hehehe. Masih ada jugak anak murid yg masih ingat kat aku. Kebanyakan anak2 murid aku kalau bekerja ialah sebagai ustaz atau pun di pejabat agama atau apa2 yg ada kaitan dgn agama, maklum ler lepasan drp sekolah agama. Menurut cerita Anizam, dia bekerja dgn PDRM, Melaka, bahagian agama. Dah 17 tahun dia tinggal di Melaka, dah kira jadi orang Melaka ler tu...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)