Ramai orang yang mengadu, selepas makan je mereka akan rasa mengantuk.
Lagi-lagi selepas berbuka puasa. Walaupun jumlah makanan yang mereka makan
tak banyak mana pun, tetap mengantuk juga! Kenapa ya?
Jangan bimbang, ini adalah fenomena yang biasa dimana makanan membekalkan
tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk bekerja. Takkanlah anda
sahaja nak bekerja? Anggota badan pun perlu bekerja juga ya. Dua organ
dalam badan yang memerlukan tenaga untuk bekerja secara khusus adalah otak
dan usus (intestines). Apabila anda makan, otak anda akan merangsang signal
untuk menukarkan tenaga yang di’consume’ kepada pencernaan, lalu sel-sel
darah merah akan membantu untuk mencerna makanan dan membawa nutrient-nutrient
makanan itu kepada seluruh tubuh! Oleh itu, bila sel-sel darah dikerah
untuk membantu usus bekerja, sebahagian anggota tubuh badan anda yang akan
‘mencuri’ masa ini untuk slow down dan relaks sikit.


