Friday, May 06, 2011

jadi webmaster

aku baru balik dr bermesyuarat dgn ajk mgb muO. dlm mesyuarat mereka pd 13/4/11, aku telah diminta utk membina laman web dan tadi dijemput utk membuat demo. sebelum itu, aku telah beri syarat kalau nak mintak aku buat, aku akan gunakan platform blogspot sbb itu jer yg aku lbh faham. mereka bersetuju dan kelihatan berpuashati td malah telah membuat keputusan utk melantik aku sbg pengerusi jk ict yg bertanggungjawab mengendalikan laman web tsb. aku bkn larat dan pandai sgt pon tp krn minat aku terima jer la.....

ini blognye; http://mgbmuo.blogspot.com/, beri ler komen utk penambahbaikan!

Tuesday, May 03, 2011

dapat e-book tapi masih guna papan hitam?

HULU TERENGGANU - Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusof mendakwa, walaupun para pelajar di sekolah-sekolah Terengganu mendapat komputer riba E-Book, namun guru-guru masih mengajar menggunakan papan hitam.

Beliau berkata, ia berbeza dengan proses pembelajaran di negara Singapura, di mana pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah. "Saya nak sebut, waris-waris saya dapat E-Book (tetapi) tidak gunakan E-Book untuk belajar. (Ia) berbeza dengan (pemerintah) Singapura (yang) bagi E-Book kepada rakyat, "rakyat di Singapura dapat E-Book, (mereka) tidak bawa lagi buku teks, semua mata pelajaran, semua guna E-Book, (sebaliknya) yang kita ini guna E-Book (hanya) nak tengok internet saja, "belajar matematik (dan matapelajaran lain) masih guna papan putih ataupun papan hitam," ujarnya sebagai ahli Panel dalam program Kempen Siber, pengalaman di Asia Barat, yang diadakan di Pekan Manir, dekat sini, 29 April.

Beliau turut mendedahkan, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakan selepas 2 tahun digunakan. Lebih malang lagi, katanya, apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih.

Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.

Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingini di kalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut. "maknanya saya nak katakan di sini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book, (bila) diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini, "jelasnya.

p/s; aku teringat kat Sabri Sulong di Kemaman...... (sila baca di sini dan di sini)

kajian tindakan

Pelaksanaan program satu guru satu kajian tindakan adalah merujuk kepada Perancangan Strategik JPNJ 2009-2011. Sehubungan itu, semua gb diminta kerjasama untuk melaksanakan program tersebut dengan melibatkan semua guru di bawah pengurusan mereka.

Masalahnya apa? Masalah problemnya ialah masih ramai guru yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang kajian tindakan malah ramai jugak yang selama menjadi guru sejak sekian lama tidak pernah pun menghasilkan sebarang kajian tindakan!!!

Abis macam mane nak buat? Ko fikir ler sendiri......hehe

p/s; sesiapa berhajat buku manual kajian tindakan tsb, sila klik di sini, tq

=========================================================================