seawal 8 pg aku telah berada di hospital utk menjalani pembedahan kecil, ini adalah tarikh yg ketiga setelah dua kali tertangguh.... pembedahan hanya mengambil masa selama lbh kurang setengah jam sahaja dan yg sakitnye ialah ketika disuntik ubat bius, huhu..... aku sgt berpuashati dgn layanan petugas di bilik pembedahan terutamanya kedua2 doktor, seorang lelaki dan seorang perempuan yg menjalankan pembedahan tsb, jutaan terima kasih!!!
jam 3 ptg aku ke sekolah krn ade permintaan drp ibu bapa prasekolah utk berjumpa dgnku. Seramai 6 orang (yg terdiri semuanye drp kaum ibu) ingin mengetahui apakah sebab guru prasekolah ditukarkan dan aku telah menerangkan dgn selengkapnye.... kelihatan mereka semua puashati dan faham...., alhamdulillah!
