Sunday, June 07, 2009

ambil anak

Petang semalam, sebelum magrib aku bertolak ke KL. Singgah solat di Melaka dan sempat ke CC menjengah blog. Dapat telefon dari Usof Rompin yg katanya rindu nak mendengar suara aku. Kata2/komen aku dlm blog mmg dia dah muak dah, mungkin dah termuntah pun....hehehe, nasib kau ler labi!

Aku ikut jalan Alor Gajah dan keluar di Simpang Ampat tp mata dah tak larat dah, bawak kereta pun mcm melayang jer. Selepas amik tiket tol, aku berhenti dan berehat.... Tup2 bangun, aku tengok jam dah pukul 3.30 pg, masyaAllah, lama jugak aku tidor. Aku teruskan perjalanan tp mata aku buat hal lagi, mengantuk yg amat sangat. Sampai di R&R Seremban, aku berehat lagi dan terjaga bila alarm henfon aku berbunyi jam 5.30 pg. Mengikut rancangan awal, aku nak singgah di Masjid Jamek Seri Petaling dan solat subuh di situ tp nampaknya tidak kesampaian la. Perut pulak meragam, aku terus ke Salak Selatan dan sampai di Masjid Tasik Permaisuri ketika jemaah subuh telah mula keluar dr masjid. Selepas sarapan aku ingat nak qadak tidur tp dpt lelap kejap jer. Aku keluar dan terjumpa kedai makan yg ada wifi free maka melepak ler aku kat sini sejak dari jam 10 pg. Aku sdg menunggu anak bongsu dan isteri balik dari Pahang, yg 3 orang dah ada kat sini. Sempat ler aku melayan blog hari ni...hehehe

Friday, June 05, 2009

khas untuk labi




Apabila Kembara Kelana membuat sebuah entri bertajuk khas untuk labu, aku terpanggil untuk menganggapnya sebagai tag dan sahut cabaran utk membalasnya maka aku pun segera hasilkan entri ini...

Labi-labi hidup di alam seperti rawa-rawa, danau, sungai dan dapat pula hidup di kolam yang suhu airnya berkisar 25-30 o C . Habitat yang disukai adalah perairan tergenang dengan dasar perairan lumpur berpasir , terdapat batu-batuan dan tak terlalu dalam. Labi-labi biasanya tak hanya tinggal di dasar perairan, tetapi terkadang nampak di atas batu-batuan untuk berjemur. Labi-labi biasanya menyukai perairan yang banyak dihuni oleh hewan air (molusca, ikan, crustacea dan lain-lain) serta pada permukaan airnya terdapat tumbuh-tumbuhan air. Kebiasaan berjemur labi-labi merupakan salah satu keperluanan hidup. Dengan berjemur matahari membuat semua air pada cangkang atas dan bawahnya terjemur kering, sehingga lumut, jamur, parasit yang menempel pada permukaan badannya dapat kering dan terkelupas. Bila tidak berjemur, maka lelabi akan mudah terserang penyakit atau mendapat gangguan fisiologis.

Labi-labi menyukai lingkungan yang tenang dan penakut sehingga bila didekati akan melarikan diri atau menyelam. Labi-labi juga mempunyai kebiasaan berkelahi, saling menggigit dengan teman-temannya. Hal ini didasari kebiasaan labi-labi yang sering ditemukan hidup secara tidak berkelompok (Suwarno , 1996 dalam Nurbaiti, 1999). Dalam kebiasaan makan, labi-labi seperti hewan karnivora lainnya, memakan udang kecil, ikan dan kerang-kerangan. Menurut Ritchard (1979), selain ikan dan udang-udangam, labi-labi juga menyukai makanan dari bangsa amphibian.


-----> jgn marah labi, nt kau jadi penyu le pulak, hehehe


dah balik...

Mesyuarat di JB yg sepatutnya tamat pada hari ini tapi aku dah balik semlm kerana semua kerja dah beres. So hanya 5 hari 4 mlm jer la yg aku terkurung di Hotel New York tu mcm ayam daging. Semua urusan diadakan di Ballroom tingkat 23 termasuklah makan dan minum. Buat kerja sambil duduk jadi letih kerana duduk jer la.... tapi letih jugak kan namanya! Aku ke ofis jugak arini utk menyelesaikan beberapa urusan yg tertangguk.

----> ada ke sesapa yg terasa kehilangan aku dlm beberapa hari ni? hehehe