Seorang kenalan menelefon aku menceritakan mengenai gpk2nya yg tidak sehaluan dgnnya. Memang sering berlaku GB dan GPK tidak sekepala... Di samping kerja2nya yg tidak begitu perform, gpk juga sering tidak dpt mengikut rentak dan tari GB. GB pening kepala, guru2 biasa berasa tidak selesa bekerja dan murid2 terabai sama. Bagaimanakah sekolah nak maju dan cemerlang jika pihak pentadbirnya sendiri tidak bersatu hati?
Apabila ditanya bagaimana cara aku mengatasi masalah dgn gpk, aku sekadar mampu menceritakan sedikit pengalamanku yg mungkin tidak relevan dgn masalah yg sdg berlaku di mana2 sekolah....
Saturday, March 21, 2009
Wednesday, March 18, 2009
konvo

alhamdulillah, akhirnya pada ptg 16 Mac yg lalu, aku telah selamat menerima ijazah...
sejak dibangku sekolah mmg aku bercita2 utk belajar hingga ke menara gading. Selepas MCE 1978, aku ke Tingkatan Enam dan pada tahun 1980 mengambil STP yg wp mendapat sijil penuh tapi tidak cukup utk melayakkan aku ke universiti dan aku diterima pula masuk ke maktab perguruan bahasa pd tahun 1981...
kini, setelah hampir 30 tahun dan setelah bercucu..., impian tersebut telah tercapai, alhamdulillah!!! Setinggi2 penghargaan buat semua ahli keluarga tersayang di atas sokongan dan pengorbanan kalian... juga kpd semua rakan dan taulan!
Friday, March 13, 2009
bergelar DATUK

pada hari ini, sahlah aku mendapat gelaran datuk, baru jap tadi dapat panggilan dan teruja ler pulak nak melihat bagaimana rupa cucu perempuan aku! Tahniah Ruqayyah dan suami kerana selamat mendapat anak pertama. Tahniah jugak buat isteri kerana telah bergelar nenek ketika berusia 40 tahun. Dapat cucu perempaun, cepat ler pulak nanti dapat cicit....
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)