hari isnin lepas, aku dan wife ke upsi. Bertolak sebelum magrib. Singgah di Tesco Melaka dan berhenti solat di Masjid Paya Datuk, Alor Gajah, masjid yg sering kusinggahi ketika berulang-alik ke Tg Malim dulu. Sejak ogos tahun lepas tidak lagi ke upsi dan perjalanan mlm itu terasa jauh. Singgah di R&R Dengkil, rehat dan tertidor... Teruskan perjalanan dan selamat tiba hampir jam 2.00 pg, terus saja ke masjid Tg Malim dan berehat dalam kereta jer...
bawa wife pusing2 Tg Malim sambil kucari jejak2 sendiri...
Sempat shopping di pasaraya Behrang 2020, pasaraya koboi!
Lebih drp 15 org kekawan yg dtg ambil jubah semalam. Selamat berkonvo!
Wednesday, March 11, 2009
Saturday, March 07, 2009
KBSR kpd KSSR
Sistem pendidikan negara kita akan mengalami transformasi pada tahun depan dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah untuk Tahun 1.
Tahap 1 sekolah rendah (Tahun 1 - 2) akan tertumpu kpd penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira & menaakul) dan kemahiran ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara Tahap 11 sekolah rendah (Tahun 3 - 6) an tertumpu kpd pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Bersedialah utk berubah!
(sumber: taklimat Pelaksanaan kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) & Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di Kuantan, 4-5 Mac 2009)
Monday, March 02, 2009
ke kuantan....
Pada 4-5 Mac 2009 ini aku akan berada di Kuantan kerana menghadiri Taklimat Kurikulum Standard Prasekolah dan Sekolah Rendah (Tahun 1) kepada Pentadbir Sekolah (Zon 4) yg dikelolakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. Sekolah2 yg hadir ini akan melaksanakan uji rintis kurikulum tersebut. Sebanyak 500 buah sekolah seluruh negara akan terlibat dalam uji rintis ini dan kurikulum itu akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010.
Ada ke sesapa yg jugak kena hadir sama?
Ada ke sesapa yg jugak kena hadir sama?
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
