Monday, February 09, 2009

hubungan antara manusia dan buah

Masa buka email ptg ni... terdapat cerita pasal buah2 dan hubungannnya dengan manusia...;

Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut dan manis. Berbeza dengan kedondong, di luarnya mulus dan berkilat, tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis. Buah manggis bisa diteka isinya dari bahagian bawah buahnya.

Menjadi banyak manfaat
Jadilah seperti buah dada. Kerana selain bermanfaat sebagai sumber tumbesaran buat anak, ia mampu menjadi alat rekreasi buat bapaknya juga!

Opsss! Jgn marah yaaa...hehehe….gurau jeeeeeeeeeeeee

Friday, February 06, 2009

ikut isteri

"Dua hari lepas, isteri Imam 1 masjid kampung aku meninggal dunia. Baru semalam selepas zohor aku dapat berjumpa dengannya untuk mengucapkan takziah. Semasa berbual, beliau ada bertanya kepada beberapa orang lain yang ada ketika itu tentang ada atau tidak doa2 khusus untuk melupakan isteri yg telah meninggal dunia. Aku turut menyampok, kalau teringat2 kat isteri yg baru meninggal, kira ok ler, biase ler tu.... Aku sempat bertanya dah berapa tahun hidup bersama. Katanya dah selama 58 tahun. Isterinya berumur 73 tahun dan beliau sendiri sudah menjangkau ke 80 tahun. Aku teringat pulak pada kata2 yang pernah aku ucapkan kepada isteriku; kita hidup bersama ni, akan sampai ketikanya nanti sama ada awak yang melihat mayat saya atau sebaliknya.... Kita tidak tahu bila masanya tapi ia adalah pasti!!!"

Entri di atas aku post pd 21 Nov 2008 dan pada pagi tadi imam tersebut (Tn Hj Md Yassin bin Md Saat) telah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal. Al Fatihah!

Dulu, selepas beberapa hari kematian isterinya, allahyarham sering jugak menyatakan bahawa agak sukar bagi dirinya untuk melupakan isteri yg telah begitu lama hidup bersama dengannya. Tak sangka bahawa tempoh allahyarham mengikut jejak isterinya tidaklah begitu lama... kita doakan mudah2an allahyarham ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh, amin!

Wednesday, February 04, 2009

kursus di IAB Utara


Permohonan utk berkursus di IAB telah berjaya, bulan Julai nanti. Masih banyak masa lagi tapi Faris dah hubungi aku bincang bgm cara nak pergi. Katanya kita mesti advance buat perancangan. Yeler Faris, sukahati kau ler.... insyaAllah, boleh jugak bertemu dgn member2 yg tinggal di utara. Tunggu kedatangan kami!