Fasa 6 sudah hampir benar di penghujungnya. Hari ini adalah hari
ahad terakhir aku berada di sini tapi masih serupa dengan yang dulu2 jugak. Semalam kena hujan sewaktu nak ke masjid untuk solat Isya, pagi ni rasa tak sedap badan ler pulak. Anti-body dah tak kuat, kena hujan sikit pun boleh kena demam.
Masih banyak topik yang perlu dibaca, hari ini nak buat perbincangan kumpulan lagi. Inilah saja cara yang aku rasa berkesan untuk persiapan exam. Nak baca sendiri dan hafal bukanlah caranya kerana faktor usia.
Hari ini, banyak perkara baru yang mengganggu fikiran.
Sunday, February 03, 2008
Saturday, February 02, 2008
Menerima Tetamu
Tersangatlah berbesar hati apabila blog aku dilawati oleh tetamu luar kumpulan kita. Jutaan terima kasih. Menjadi satu suntikan semangat untuk aku terus bergiat di blog.
Masalah internet di kolej masih belum selesai, hingga dah sampai ke penghujung fasa, terpaksa la aku ke CC utk update blog. Hari ni aku masih setia ditemani oleh Anas yang tengah kemaruk dengan yahoo messenger.....
Tak abis study lagi la, baca sekejap tertidurnya yang lama..... Tapi melayan blog masih sempat....

Friday, February 01, 2008
Study
Hari ini takde kuliah, pelepasan untuk persediaan exam on monday nanti. Tapi aku tak study pun, nota berlambak tak terbaca, hanya berehat sahaja. Nape badan rasa lemah dan rasa nak tidor??? Aku rasa ini adalah disebabkan oleh faktor usia yang semakin lanjut..... Harapan aku moga masa exam nanti aku sihat walafiat dan dapat menjawab soalan exam dengan baik, amin.
Lepas asar ke bandar dengan Anas, photostat dan ke bank. Singgah CC untuk update blog.
Ok, jumpa lagi, wassalam.
Lepas asar ke bandar dengan Anas, photostat dan ke bank. Singgah CC untuk update blog.
Ok, jumpa lagi, wassalam.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)