
Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari, timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya di dalam hati.
Pada waktu tengah hari, Mak Kuntum pun pulanglah ke rumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah Mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawab, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.......