

Dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, kita dikurniakan dgn makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan ialah buah anggur hitam, madu lebah, halia, buah badam, susu, air zam zam, kismis, jus karot & madu, epal, kurma, ikan tuna, tempe dan air soya.
Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drp cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda.
Di samping itu latihkan diri berzikir seperti berikut; Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu. dan Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
InsyaAllah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mantap!