hari ini, tamatlah sudah kursus PPGB aku di UPSI, minggu depan exam 3 paper, pastu merdeka!!! Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku harungi perjuangan ini dlm usia yg menjangkau ke separuh abad. Sambung lagi?.... tak pasti la.... rasa macam dah tak larat!
Thursday, July 31, 2008
kuliah terakhir
Wednesday, July 30, 2008
Tuesday, July 29, 2008
pertemuan dgn Prof Datuk Ibrahim Ahmad Bajunid

Sila layari url di bawah ini utk baca artikel beliau 'Old is gold'
http://elib.unitar.edu.my/staff-publications/Datuk%20Ibrahim/old_is_gold.htm
Monday, July 28, 2008
kawan baik
Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.
Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.
Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!
Amin Yarabbil Alamin.
Sumber: http://dc-ni.blogspot.com/

Thursday, July 24, 2008
bercakap

semasa kecil - aku lambat bercakap, sehingga emak aku menyangka yg aku ni bisu, suruh bukak mulut luas2, tengok ada tak anak tekak. Orang kata sapa yg tak ada anak tekak , dia tidak akan boleh bercakap.
semasa awal remaja - walapun dah boleh bercakap tetapi di sekolah masih pasif, malas nak bertanya dan tidak banyak bercakap.
semasa remaja - tidak begitu pandai berkomunikasi tetapi suka sangat menulis surat. Aku mula menyedari bahawa adalah lebih mudah meluahkan perasaan secara bertulis daripada secara lisan.
semasa dewasa - setelah berkahwin, pandai dah bercakap, berbual dan berborak secara normal.
semasa berumur (maksudnya tua ler, umur melebihi 40 tahun) - aku mulai banyak cakap, ditambah pula memang aku bekerja bermodalkan cakap, kata orang modal air liur jer... Semasa berbual2 dgn kekawan, selalu terjadi yg aku saja banyak bercakap dan macam susah ler pulak nak berhenti. Macam2 perkara yg aku cakapkan dan seringkali juga berlaku pengulangan! Aku lantas teringat pada arwah nenek yg semasa hayatnya suka sangat bercakap dan bercerita dan kebanyakan daripada cerita itu bukanlah yg pertama kali diceritakan. Adakah aku sedang menghampiri dan memasuki era dan dimensi tersebut? Bagaimana dengan anda?

Wednesday, July 23, 2008
penghulu sakit

Sabri Abidin Sulong, penghulu kumpulan kami telah jatuh sakit pagi tadi dalam perjalanan ke kampus dan dikejarkan ke klinik, diperiksa, disuntik 4 kali, disuruh berehat dan petang tadi telah pun balik ke kolej. Masih lemah dan asyik nak tidur sahaja, mungkin kesan drp suntikan. Anaknya datang utk membawanya pulang dan mungkin pada saat ini telah pun bertolak pulang. Semoga semuanya selamat dan tidak berlaku apa2 yg tidak diingini, amin.
Monday, July 21, 2008
kuiz perakaunan

Sunday, July 20, 2008
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Saturday, July 19, 2008
batuk2

sehari dua ni badan tak tentu rasa dan assignment masih belum dapat diselesaikan dan kerinduan terus membara ......
Thursday, July 17, 2008
jom ke rompin

pagi tadi jam 07:39:30 pg aku hantar mesej kat usof rompin; "Sori, aku x dpt ikut kau, tk"
Wednesday, July 16, 2008
kawan

2) kawan tu bukan macam main SKATE.. Mula-mula gosok.. lepas tu pijak..
3) kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4) kawan tu bukannya macam PAMPERS... dah pakai, buang...
5) kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6) kawan tu bukan macam PELANGI.. Hari cerah takde.. hujan gerimis baru muncul..
7) kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru...
8) kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
9) lagi......kawan tu macam ape ye????
Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya......
sumber: (dah terlupa)
Tuesday, July 15, 2008
diyak 53 - aku

Buat sekian kali jugak, aku memohon maaf jika ada yg tidak senang dan terasa hati dengan entri nostalgia ini, wassalam.
diyak 52 - pakya ansori

diyak 51 - simah

diyak 50 - abu
diyak 49 - adely
diyak 48 - azid
diyak 47 - zul

diyak 46 - zu

diyak 45 - zalila

Dia ni antara yang awal aku kenali iaitu sejak menghadiri temuduga NPQH di IAB Tengah. Waktu itu aku bawa bawa isteri dan menginap di Hotel Vistana dan kebetulan si zalila bersama beberapa orang anaknya pun menginap di situ. Seorang yg peramah dan becok jugak tetapi agak sensitif dan mudah terasa. Selamat maju jaya zalila dan semoga berbahagia di samping keluarga tercinta.
diyak 44 - valarmathi

- dia ni jugak antara yg awal aku kenal (sewaktu temuduga NPQH). Giliran temuduga aku ialah selepas dia. Di dalam kumpulan kami, dia adalah perempuan india terakhir, satu2nya wakil MIC.... Berasal dari Penang dan kini menetap di KL. Seorang yg peramah dan 'hardworking' serta pandai menyesuaikan diri. Selamat maju jaya Vallarmathi dan moga berbahagia bersama keluarga tercinta!
diyak 43 - kak pah

- Kak Pah berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Seorang GB yg berwibawa, peramah dan mudah mesra. Semangat berdikarinya tinggi dan tidak pernah kenal erti putus asa (dia pernah kata, " kak pah nak buat juga sendiri, tak reti kak pah belajar dan akan cuba buat hingga berjaya....cayalah kak pah!!!). Berniaga pun kak pah pandai, maklum ler meh kelate kan... Selamat maju jaya kak pah dan semoga berbahagia bersama keluarga tercinta!
diyak 41 - rusmah
diyak 40 - rohani

diyak 36 - non

diyak 34 - li yon
diyak 33 - kharuddin
diyak 32 - khalil
diyak 31 - jah sulaiman
diyak 30 - jah abu bakar
diyak 29 - kak kiah

- berasal dr Melaka tp telah menetap di Kl, Kg Pandan.... gb yg agak strict dan suka jugak berbahas lbh2 lagi bab2 yg berkaitan dgn poligami.... kekadang Kak Kiah ni mcm kelam kabut sikit, suka gelabah terutama ketika nak menyiapkan assignment, "kak kiah ni tak pandai komputer!", tu jer la modal dia.... seorang yg rajin termasuk ler membuat kuih.... selalu beri kuih kat kwn2, mekasih daun keladi yer Kak Kiah.
Kak Kiah mengalami ujian yg sangat besar ketika hendak menghabiskan study, suaminya meninggal dunia ketika dia sdg mengikuti kuliah di upsi.... bersabarlah Kak Kiah, Allah swt lbh sayang dia.....
diyak 28 - jamaluddin
diyak 27 - hafiz
diyak 26 - goh
diyak 25 - fatimah
diyak 24 - paridah

- dia ni pun mek kelate, geng kak pah ler.... Sering kelihatan bersama kak pah ke mana2. Nampak macam sombong tapi baik hati ler pulak.... Seorang yg agak pendiam, low profile dan tak suka bertanya semasa berkuliah (berat sangat mulut kau tu nak bertanya ye, ada emas ke dalam mulut, hehehe) Selamat maju jaya Faridah dan berbahagia hendaknya bersama keluarga tercinta!
senyum sikit ......
Dua orang kaya dan pemandunya
Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya.
Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta.
Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul"
Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau."
Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?" Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.
Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa.
Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan,
King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!"
Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"
http://gelihati.blogspot.com

patutkah diteruskan?

Salam ceria buat semua.
Monday, July 14, 2008
diyak 21 - winnie

Sejak dari IAB, diyak ni memang seorang yg 'very friendly'. Winnie pandai menyesuaikan diri dan boleh berkawan dengan semua orang. Berasal dari Ranau, Sabah, wanita Dusun ini memang seorang yg cekal dan berjiwa kental. Sejak di IAB, sentiasa menjaga badan, selalu jogging dan ke gym (sekarang ni kau masih jaga badan bah, kalau dulu supaya jgn kegemukan tapi kini supaya jgn kekurusan, hehehe). Oleh kerana tidak balik pada hujung minggu, berandam air mata saja dia, kesian... Winnie jugak pandai menyanyi dan permintaan drp kekawan menyuruhnya menyanyi tidak pernah dihampakan. Semasa berkuliah agak 'low profile', hampir tidak pernah bertanyakan soalan kepada pensyarah, namun rajin dan kuat study. Selamat maju jaya Winnie dan semoga sentiasa berbahagia bersama keluarga tercinta!
Sunday, July 13, 2008
burung kakak tua
Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"
Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...
Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"
Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah...
Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"
sumber: http://gelihati.blogspot.com/

diyak 20 - Ai Hiang

diyak 19 - Normah

diyak 18 - Norishah

Subscribe to:
Posts
(
Atom
)