Sunday, May 30, 2010

Ramai lelaki yang gila seks - sambungan

Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.

Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Baik remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.

Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.

Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.

Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.

Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.

Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!. Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.

Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.

Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.

Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.

Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer. Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan.

Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran: “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek.”

Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.

Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.

Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud: “Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan.

Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan ‘diterjah’ dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.

Thursday, May 27, 2010

linus

aku baru balik dr Taklimat Pelaksanaan Saringan 2 Program Literasi dan Numerasi di ppd. di akhir taklimat seorang GB telah bertanya ttg rancangan mewujudkan JU Linus sptmana yg diwar2kan pada mula2 linus diperkenalkan. jawapannya; tidak dpt diwujudkan krn takde budget....

?????????????????????????

Tuesday, May 25, 2010

ramah mesra

Majlis Ramah Mesra YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Daerah Muar/Ledang akan diadakan pada hari ini di Kompleks Sukan Pagoh.

Friday, May 21, 2010

terkenang

sejak aku menatap beberape keping gambar kenangan ketika form 5 yg di'upload' oleh Hjhjp Ida dlm FBnya, aku rindu pulak pd rakan2 sekelas tu dan pagi semalam aku search nama dia dlm FB dan ada keluar namanya berserta gambar berdua dgn anak perempuan kecil. Aku tak pasti bahawa dia adalah rakan sekelas yg aku cari krn wajahnya tidak dpt dikenalpasti. aku pon tulis message, 'maaf, nak tanya sikit, form 5 di sekolah mana di muar?'. Pd jam 2:57pm, dia balas, 'Rasanya duduk depan awak masa dalam kelas 5A.. Apa khabar dan dimana sekarang?'

pencarianku berhasil!!!, ade citer menarik antara aku dan dia.....

nt kemudian aku citer.....hehe

Wednesday, May 19, 2010

cucu kedua

ptg semalam sibuk menghantar anak sulungku ke hospital utk bersalin yg date due dlm kadnya ialah 1 jun, sebelum magrib telah selamat melahirkan anak perempuan lagi, alhamdulillah kedua2nya selamat dan sihat!

pada usia 50 tahun aku telah mempunyai dua orang cucu perempuan.....hehe

Tuesday, May 18, 2010

ziarahi guru

sbg tanda hormat dan ingatkan guru, mengapa tidak kita pergi menziarahi dan berjumpa mereka, sekurang2nya bertanyakan khabar......

aku sendiri belum ada kesempatan untuk berbuat demikian.....huhu

Monday, May 17, 2010

hari syok sendiri

kek hadiah drp Pn Hahmiyah Hasim, mekasih....


main galah panjang ler pulak....


ni main tiup ape ni?


aku dan gpk1, memerhatikan anak2 buah....hehe


arini diadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.....

Saturday, May 15, 2010

aku dan sekolah

sejak 1967 hingga kini aku msh di sekolah.... bila ingat2kan semula sejarah persekolahanku, eh agak menarik jugak pd diriku sendiri kalau tidak pd orang lain pun! enam tahun di sekolah kebangsaan dan kemudian ke sekolah menengah aliran inggeris yg terpaksa masuk remove class terlbh dulu, menjadikan aku di sekolah menengah selama enam tahun jugak. aku belajar selama 14 tahun termasuk 2 tahun di tingkatan enam. selepas gagal ke u, aku terus ke maktab perguruan yg ketika itu telah memulakan pengajiannya selama 3 thn.... puas ler jugak belajar nak jadi cikgu! namun, selepas bekerja, laluan utk belajar menjadi lbh mudah wp ketika itu usia telah semakin lanjut. aku memperolehi diploma pengurusan hanya dlm tempoh setahun dan ijazah dlm tempoh dua tahun saja. alhamdulillah, semuanya ada hikmah....!!!

sambung lagi belajar? .....niat tetap ada! (wp esok, usia telah menjadi separuh abad!)

Friday, May 14, 2010

Thursday, May 13, 2010

sgt bermakna

sambutan hari guru pada tahun ini sgt bermakna buat diriku krn ianya bersamaan dgn genapnya usiaku setengah abad....

gambar semasa form 5 thn 1978, (aku yg duduk no. 3 dari kiri
)


tq Hjh Jun!

Wednesday, May 12, 2010

seingat aku

negara kita mula meraikan sambutan hari guru mulai pada tahun 1972, ketika itu aku dlm darjah enam dan hanya pd thn 1974, ketika di sekolah menengah baru aku terperasan bahawa tarikh hari guru tu sama dgn tarikh kelahiranku......

sejak sambutan kali pertama itu dan sehinggalah kini, aku msh berada di ruang lingkup institusi pendidikan;
- 1972: darjah enam
- 1973-1980: remove class - form 6
- 1981-1983: institut bahasa, kl
- 1984-1995: mengajar
- 1996-2004: menjadi gb
- 2005: di iab
- 2006-2008: di upsi
- 2009 hingga kini: msh di sini.....(sekolah)

Tuesday, May 11, 2010

audition

pg ni aku diminta ke ppd utk audition sbg pembaca ikrar hari guru peringkat daerah muO. seramai 19 orang guru terlibat yg hari lahirnya bersamaan dgn hari guru. sejak semlm aku rasa lain mcm, 19 org ni tak layak ke utk baca ikrar sehingga perlu buat audition? pilih jer la berape org yg diperlukan dan kemudian buat ler latihan! kalau nak menepati konsep 1Malaysia, pilih ler dr kaum yg berlainan. seperkara lg yg menyebabkan aku rasa tak berminat ialah krn faktor usia, jika 20 tahun dulu mmg sajak ler aku membacanya....hehe

malas la aku nak pegi audition tu!

Monday, May 10, 2010

syok sendiri

enam hari lg, kita, kaum guru akan menyambut hari guru, biase ler kita syok sendiri dgn pelbagai jenis dan cara sambutan....

syok jgn tak syok.... dan biasenye aku ler yg paling syok sendiri, hehe

updated; sebentar td pengerusi muzik JKD Muar call aku minta tolong datang esok pg ke ppd utk pemilihan peserta membaca ikrar hari guru, ade 19 org dlm daerah Muar yg tarikh lahirnya bersamaan dgn hari guru, aku rasa mcm malas ler pulak.....

Thursday, May 06, 2010

nak marah ke

nak marah ke tidak ek........????

updated - May 7 2010

pd 30 april, aku minitkan surat drp KEMAS yg memohon seorang cikgu utk menjadi hakim pd 6 mei. oleh kerana pd tarikh tsb ada program di peringkat zon dan cikgu itu terlibat maka aku tidaklah dpt membenarkannya. nak jadi cerita, PAP telah terlupa utk beri surat itu kpd cikgu tersebut dan smlm, selepas menerima call drp KEMAS cikgu tu telah sms kerani, "K.bdh ada x surat sy utk jd hakim kemas hr ni?"

kerani pon beritahu ler psl PAP terlupa tu, dia balas, "Knp x bgtau? Org kemas tel sy. Ckp dgn gb 2 guna otak sikit jgn sampai menyusahkan org ln."

mcm nak mengigil jugak badan aku smlm menahan marah masa baca sms tu yg di'forward'kan oleh kerani.....kenapa terus nak menyalahkan aku dan menggunakan pulak bahasa kesat spt itu???

Tuesday, May 04, 2010

kursus dan pagoh

aku ade mohon kursus iab dlm bulan mei ni tp nampaknye tak berjaya, elok la jugak sbb pd tahun ini muO akan mengadakan sambutan hari guru pd 25hb mei nanti secara besar2an atas nama perhimpuan warga pendidik dgn TPM di pagoh.....

sejak dua menjak ni, mereka yg tinggal di kawasan parlimen pagoh mmg beruntung!!! hehehe