Friday, October 31, 2008

nama anak

Baru semalam aku berkesempatan untuk mendaftarkan anak aku yang dilahirkan pada 21 Oktober itu. Ada pulak dokumen yang aku tak bawak kerana menyangkakan ianya tidak diperlukan. Anak yang sebelum ini, dokumen itu tidak diperlukan. So, baru hari inilah surat beranak anak aku tu siap. Wife aku yang carikan nama dan bila aku tengok, kira ok ler.... Namanya NUR KHALISAH NADHIRAH yang bermakna cahaya suci/ikhlas yang berseri-seri. Mudah2an akan menjadi anak yang solehah, amin!

Friday, October 24, 2008

camping

Pada awalnya aku tidak berniat untuk tidur di sekolah tetapi apabila aku lihat tiada seorang pun guru lelaki yg tinggal untuk membuat kawalan malam selepas jam 2 pagi maka jadi pak guard ler pulak aku.... Hujan renyai2 dan kekadang lebat sikit, menyebabkan beberapa khemah dimasuki air. Masih ramai murid yg belum tidur. Beberapa kali aku terpaksa menjerit meminta diam dan tidur. Dah nama pun budak2, kalau setakat satu malam camping, mereka tidak dapat melelapkan mata. Asyik berbual entah apa2 entah....

Wednesday, October 22, 2008

anak murid

Sedang aku meninjau2 barang di pasar lambak di Taman Duyung, Bkt Katil Melaka petang semalam, seseorang menegurku, "Ustaz Yusof kan? (panggil aku ustaz ler pulak)." Ingatanku terus melayang jauh ke Sekolah Menengah Agama Rompin, di Kuala Rompin, Pahang, hanya semasa mengajar di situ sahaja yg aku dipanggil ustaz walaupun aku mengajar BM dan Sejarah..... Aku tersengih2 memandangnya yg juga tersenyum2, "Saya Anizamlah ustaz, anak murid yg nakal dulu......ustaz tak banyak berubah, lebih kurang macam dulu jugak....." Nak tergelak aku, mana boleh tak berubah, 'macam dulu' tu ialah lebih daripada 20 tahun yg lalu.... rambut dah banyak yg beruban malah janggut pun dah hampir separuh yg beruban.....hehehe. Masih ada jugak anak murid yg masih ingat kat aku. Kebanyakan anak2 murid aku kalau bekerja ialah sebagai ustaz atau pun di pejabat agama atau apa2 yg ada kaitan dgn agama, maklum ler lepasan drp sekolah agama. Menurut cerita Anizam, dia bekerja dgn PDRM, Melaka, bahagian agama. Dah 17 tahun dia tinggal di Melaka, dah kira jadi orang Melaka ler tu...

Tuesday, October 21, 2008

My Wife

Hari semalam dan juga hari ini, aku agak sibuk di hospital kerana urusan isteriku yang akan melahirkan anak kami yang kedua. Tekanan darahnya meningkat dan baby pulak agak besar, so doktor putuskan supaya dibedah sahaja. Pagi ni operation akan dijalankan. Semoga semuanya berjalan lancar dan terutama isteriku dan baby kami selamat hendaknya, amin!

Saturday, October 18, 2008

rumah terbuka

Hujung mingu ini padat dengan jemputan rumah terbuka. Semalam selepas isya, aku sorang2 jer datang, sibuk tuan rumah bertanyakan mana yg lain, isteri2 dan anak2, tersengih2 jer la aku..... Pagi ini, prasekolah buat sambutan raya, sejak petang semalam buat persiapan (rewang), aku ada kat ofis semalam dan rasa nak tolong tapi tak sampai hati ler pulak, sebab tak ada seorang pun lelaki yg datang... Tengah hari nanti ada rumah terbuka di rumah Ustazah Fidah dan malam pula kat rumah Cikgu Azizah... Esok, ada jemputan kahwin kat rumah mertua Cikgu Siti Zaleha....., semua ni cikgu2 aku, tak kan ler tak ditunaikan jemputan mereka, aduhai!!! berat badan dah mula naik semula dah....

Friday, October 17, 2008

kawan sekolah

Petang semalam selepas asar, bersama2 dengan anak perempuan bongsu yg manja tu, aku ke rumah rakan sekelas. Ada dua orang dan rumah mereka pun berhampiran di antara satu sama lain. Cadangan awal nak ke rumah yg bernama Abd Rahim dulu tapi tak pasti ler pulak di mana rumahnya. Lantas aku ke rumah yg bernama Jailani saja, dia berhenti tentera dan kini bekerja sendiri di kampung. Rupa-rupanya, apabila mula sahaja bersembang maka timbul terlalu banyak perkara yg hendak dibualkan namun terhalang dek kesuntukan masa. Aku mohon berundur dulu dengan harapan akan bertemu kembali bagi menyambung terutamanya perbualan mengenai masa2 lampau yg terlalu nostalgik itu.

Thursday, October 16, 2008

peperiksaan akhir tahun

Pagi tadi aku ke SK Ismail Satu untuk mengambil kertas soalan untuk peperiksaan akhir tahun. Peperiksaan ini adalah setara untuk seluruh Johor yang disediakan oleh JPNJ. Ianya akan diadakan selama 3 hari mulai 20 Otober depan. Bertuah cikgu-cikgu sekarang kerana tidak perlu lagi bersusah payah dan bertungkus lumus untuk menyediakan kertas soalan.

Monday, October 13, 2008

bulan terakhir sesi persekolahan 2008

Sesi persekolahan bagi tahun 2008 ini hanya tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Terasa sangat pantas masa berlalu. Walaupun banyak juga program di sekolah yang telah berjaya dilaksanakan namun masih ada dalam takwim beberapa program yang belum dijalankan. Kelihatannya macam tiada kesempatan sahaja untuk melaksanakannya memandangkan tempoh masa yang semakin suntuk. Program-program untuk tahun depan pulak telah mula sibuk difikirkan sekarang ini.

Saturday, October 11, 2008

sambutan hari raya sekolah

Semalam, sekolah aku mengadakan sambutan hari raya. Semua murid datang dgn memakai baju raya dan membawa sedikit kuih-muih. Semua warga sekolah berbaju raya, wah, comel2, cantik2 dan hensem2 semua!!!

Program bermula jam 8.30 di mana setiap kelas buat persiapan dan jam 9, marhaban dari kelas ke kelas telah diadakan yg disertai jugak oleh para guru. Orang Johor ler katakan..., tak tinggal dgn marhabannya! Hari semalam kira habis masa dgn program beraya la dan kebetulan pulak hari Jumaat, sekolah tamat jam 11.50 pagi.

Satu perkara yg ketara aku perhatikan ialah kuih-muih yg dibawa oleh murid2 tidak seperti tahun lepas, selain drp kurang jenis2nya, yg dibawa pun tak banyak. Kesan langsung daripada inflasi kot!!!

Esok akan diadakan pulak program marhaban ke rumah2 ibu bapa/penjaga murid sambil mengutip derma utk tabung PIBG.

Friday, October 10, 2008

hilang handphone lagi

Buat sekian kalinya dua hari lepas aku kehilangan handphone lagi. Selain daripada yang kena curi, beberapa kali yang hilang itu adalah kerana aku lupa letak di mana atau tercicir di kedai atau di mana2 tempat yg aku singgah, pelupa sungguh..... Isteri suruh gantung kat leher jer tapi kalau gantung kat leher pun takkan ler tak bukak2 kan? dan isteri juga tak beri beli handphone yg mahal2, beli yg paling murah!!!

Monday, October 06, 2008

bersekolah semula

Hari ini adalah hari yang keenam raya dan hari pertama kembali ke sekolah selepas bercuti selama 9 hari. Walaupun tak ramai tapi masih ada murid yang sambung cuti raya. Di kalangan yang datang ke sekolah pula, ramai yang kelihatan letih dan kurang bermaya, mungkin terlebih makan kuih dan terlebih minum air berkarbonat agaknya. Semua masih dalam mood raya, termasuk ler guru2 jugak....!!!